Siapa Yang Hentam USD Ni? Parah Betul!

1,464

Kelemahan US dolar berterusan pada sesi dagangan Rabu, menyaksikan raja mata wang itu merosot ke paras terendah satu bulan berbanding pesaing utamanya.

Pelabur terus memberi tumpuan kepada pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat, yang keputusannya akan menentukan kawalan dalam Kongres.

Keputusan pilihan raya tersebut akan mengambil masa beberapa hari, di mana ia boleh memberi kesan ke atas US dolar sekiranya Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden tidak dapat mengekalkan kawalan kedua-dua Dewan Rakyat dan Senat.

Selain pilihan raya, pelabur turut menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Khamis yang dijangka menurun kepada 7.9% tahun ke tahun pada bulan Oktober.

Rentetan daripada kemerosotan dolar greenback, mata wang euro memanfaatkan untuk melonjak lebih kukuh ke paras ketinggian satu bulan.

Ia turut mendapat sokongan daripada hasil bon Jerman berikutan jangkaan pengetatan Bank Pusat Eropah (ECB) yang selanjutnya untuk terus menaikkan kadar faedah.

Presiden ECB Christine Lagarde menegaskan bahawa mereka perlu mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%, manakala penggubal dasar Villeroy de Guindos turut menyokong dengan mengatakan bank pusat itu perlu meneruskan kenaikan kadar sehingga inflasi asas jelas memuncak.

Sementara itu, dagangan pound juga mengekalkan momentum pengukuhan untuk didagangkan lebih kuat sekitar paras tertinggi satu minggu berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat