Siri Kenaikan Harga Carta USD/CAD Telah Berakhir?

316

Momentum pengukuhan US dolar yang pudar di awal minggu ini dilihat turut mematahkan siri kenaikan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD.

Selain itu juga, sentimen positif pasaran minyak global turut menyokong pergerakan mata wang dolar Kanada ekoran minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Laporan berkenaan perjanjian nuklear Iran yang dihentikan telah mengurangkan kebimbangan dan memberi jangkaan untuk peningkatan terhadap permintaan minyak mentah dalam pasaran.

Justeru, dapat diperhatikan harga pada carta USD/CAD mula membuat penurunan semula di awal minggu ini selepas siri kenaikan harga sebelumnya telah mencapai zon resistance pada 1.24700.

Penurunan harian dicatatkan sekitar 120 pips semalam, harga telah turun dari zon resistance 1.24700 sehingga ke bawah 1.24000 dan juga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Ini telah memberi isyarat awal untuk perubahan kepada trend penurunan harga semula membuatkan pelabur berwaspada.

Penurunan yang mungkin terjadi dilihat akan ke paras sekitar 1.22700 untuk menguji zon harga tersebut dahulu sebelum penurunan lebih rendah akan kembali ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.21800.

Namun jika harga berjaya menyambung kenaikan minggu lalu, zon resistance 1.24700-1.25200 akan menjadi zon penting yang akan diuji.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras tertinggi harga untuk tempoh dagangan 9 minggu.

Bagi dagangan mata wang Loonie, data jualan runcit Kanada pada Rabu akan diberikan perhatian yang dilihat akan mempengaruhi perubahan nilai harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat