SNB Kekalkan Kadar Faedah -0.75% Dengan Harapan Overvalue Swiss Franc Dapat Dikurangkan

41

Pada mesyuarat polisi bulan September, Swiss National Bank (SNB) tidak melakukan sebarang perubahan pada kadar faedah, dengan sasaran kadar libor kekal di paras jangkaan -0.75%.

SNB menjelaskan mereka akan kekal aktif dalam pasaran petukaran matawang asing seperti biasa sambil meneliti keadaan keseluruhan matawang yang lain.

Sasaran polisi SNB adalah untuk mencapai kestabilan harga disamping memacu aktiviti ekonomi. Kadar yang negatif dan campur tangan bank pusat bertujuan untuk mengurangkan tarikan pelabur pada aset-aset Swiss supaya ransangan terhadap matawang franc dapat dikurangkan.

Menurut bank, swiss franc lemah berbanding euro namun mengukuh berbanding dolar sehingga perlunya pengurangan pada overvalue matawang yang signifikan. Walau bagaimanapun, nilai franc masih kekal tinggi secara keseluruhan.

Pandangan inflasi bagi tahun 2017 dan 2018, kedua-duanya dijangka meningkat 0.4% daripada 0.3%, dan pandangan tahun 2019 pula naik 1.1% berbanding jangkaan 1.0% sebelum ini.

Matawang Swiss yang lemah berbanding euro mengurangkan bebanan overvaluation franc ketika ini dengan EUR/CHF mengukuh naik melebihi 1.1400 berbanding paras 1.0900 pada mesyuarat bulan Jun yang lalu, namun masih lagi dibawah paras 1.2000 yang didagangkan sebelum Januari 2015 yang lalu.

Fokus utama EUR/CHF masih tertumpu kepada keputusan polisi ECB, dan SNB mengharapkan ECB akan mula mengubah pandangan polisi mereka supaya SNB boleh mempertimbangkan perubah dasar polisi monetari seterusnya.

Swiss franc berubah sedikit berbanding euro selepas keputusan kadar faedah petang tadi, dengan EUR/CHF naik 0.36% kepada 1.1503, dan USD/CHF juga naik 0.23% kepada 0.9666

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat