Sudah Masuk Minggu Ke-3 Tembok $1.4200 Masih Gagal Dibolosi

410

Kempen imunisasi vaksin Covid-19 yang dipergiatkan di UK telah mendorong sekatan pergerakan mula dilonggarkan secara beransur-ansur.

Terus memberi perkembangan yang positif, ekonomi UK dijangka untuk beroperasi semula sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Faktor ini meningkatkan keyakinan para pelabur dan menyaksikan pergerakan positif bagi mata wang Pound Sterling dalam tempoh dagangan beberapa bulan kebelakangan ini.

Seperti dinilai pada carta pasangan mata wang GBP/USD, setelah penurunan ketara pada Mac 2020 mencecah paras 1.14000, harga telah berjaya pamerkan corak kenaikan yang berterusan dan sehingga setakat Mei 2021 harga telah berjaya mencapai ke paras harga 1.42000.

Paras 1.42000 kini menjadi zon rintangan yang sukar ditembusi setelah diuji sepanjang Mei dan juga gagal ditembusi pada dagangan Februari lalu.

Untuk tempoh 2 minggu terbaru ini, harga bergerak dalam julat sekitar 100 pips dengan paras sokongan pada 1.41000 dan paras rintangan 1.42000.

Dengan jangkaan Pound untuk terus mengukuh berbanding US dolar, harga perlu mengatasi rintangan 1.42000 sebelum kenaikan terbaru diunjur menuju pada ketinggian sekitar 1.43000.

Jika harga mencapai paras tersebut, ini adalah harga tertinggi pernah dicapai harga sejak April 2018.

Namun pelabur perlu berhati-hati untuk situasi penurunan harga selepas zon rintangan 1.42000 masih gagal harga tembusi.

Malah pengukuhan sementara US dolar boleh menjadi petunjuk awal untuk US dolar membuat ‘comeback’ semula dan menekan harga kembali ke paras lebih rendah.

Untuk penurunan harga, paras sokongan pada 1.41000 akan diuji sekali lagi selepas 2 minggu berjaya menyokong kenaikan semula ketika harga turun ke paras ini.

Seterusnya, penurunan yang berjaya diteruskan akan menuju pula ke paras sokongan lebih rendah pada sekitar 1.4000 yang berada di zon RBS (resistance become support).

Pelabur akan berwaspada bagi pergerakan harga minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi acara tumpuan utama.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat