SushiSwap Umum 4 Produk Pelaburan Kripto Terbaru

228

Platform pertukaran desentralisasi, SushiSwap telah melancarkan empat pengeluar pasaran automatik (automatic market makers, AMM) terbaharu bagi meluaskan lagi peluang kepada pembangun, pelabur dan pengguna yang stake dana dengan protokol tersebut.

Empat AMM itu dilancarkan sebagai ‘bundle’ yang dikenali sebagai Trident. Ia berfungsi sebagai lapisan asas baru untuk SushiSwap yang akan akan membenarkan pengguna membangunkan liquidity pools sendiri dengan ciri-ciri unik.

Trident:

  • ConstantProductPool – pool asas “50/50” yang mengandungi separuh daripada satu set token dan setengah yang lain.
  • HybridPool – membolehkan pertukaran aset yang sama seperti stablecoins.
  • ConcentratedLiquidtyPool – membenarkan peluang kepada penyedia liquidity bagi menentukan julat harga untuk menyediakan liquidity.
  • WeightedPool – membenarkan penyedia menyesuaikan baki token yang berada di dalam pool secara manual.

Keempat-empat AMM ini akan dijalankan menggunakan perisian matchmaking baharu, Tine dan BentoBox.

Kedua-dua perisian tersebut membolehkan dana yang dimasukkan boleh diletakkan ke platform pinjaman lain seperti Compound dan Yearn.finance, sekaligus mewujudkan sumber yield bebas terhadap jumlah dagangan SushiSwap.

Bagaimanapun, token natif SushiSwap, SUSHI gagal mencatatkan lonjakan selepas susut dari paras tertinggi bagi bulan ini, $9.72 pada 1 Julai. SUSHI meningkat lebih 8% dengan nilai dagangan semasa $6.63 dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat