Susulan FOMC, EUR/USD Terpacak Dulu Sebelum Junam 160 Pips!

175

Keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi telah menyaksikan reaksi menarik pasaran dengan pergerakan agresif harga khususnya bagi mata wang US dolar.

Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas ke paras 4.00%, menjadikan kenaikan pada kadar yang agresif itu untuk 4 kali mesyuarat berturut-turut.

US dolar pada mulanya menyusut susulan pasaran menilai ucapan awal oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell yang agak berhati-hati dan mungkin sedikit dovish. Namun, pada akhirnya beliau memberi isyarat jelas untuk bank pusat meneruskan pengetatan dasar yang agresif dengan komitmen untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

US dolar kemudiannya memaparkan pengukuhan semula sehingga ke penghujung sesi New York.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat membuat kenaikan pada mulanya menguji rintangan pada 0.99500 iaitu paras yang dicapai pada Selasa lalu.

Namun, harga kemudiannya menjunam semula sekitar 160 pips sehingga mencecah paras 0.98100 untuk menyambung semula corak penurunan sebelum ini.

Pergerakan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu kekal memberi isyarat bearish dengan jangkaan penurunan lebih rendah bakal diteruskan harga.

Melepasi paras sokongan pada 0.98000, harga dilihat akan menuju pula ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 0.97000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun, jika harga kembali melantun semula menuju dagangan penghujung minggu, zon 0.99000 akan menjadi rintangan awal diuji harga.

Melepasi halangan MA50 seterusnya akan mendorong harga meningkat ke sekitar 0.99500 selepas isyarat perubahan trend harga.

Walaupun mesyuarat FOMC memberi indikasi kecenderungan bagi pengukuhan US dolar, namun pelabur akan kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat di penghujung minggu yang boleh mempengaruhi pergerakan tak menentu harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikala anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat