Emas Tersungkur Kena Tamparan Fed!

719

Senyuman pelabur emas bertukar tangisan susulan keputusan mesyuarat polisi FOMC yang menyaksikan kadar faedah meningkat sebanyak 75 mata asas untuk kali keempat berturut-turut.

Logam kuning itu didagangkan lemah pada sekitar harga $1,640 per auns pada sesi Asia, meningkat sedikit dari kejatuhan yang dicatatkan sebelum ini pada $1,631 per auns.

Reaksi awal pasaran menunjukkan pergerakan tidak menentu emas yang pada mulanya melonjak tinggi melebihi 1% sebaik sahaja keputusan diumumkan dan terdapat isyarat untuk langkah lebih kecil dalam penetapan dasar akan datang.

Bagaimanapun, kenyataan Powell kembali membalikkan harga emas untuk tenggelam lebih rendah di mana beliau mengatakan masih terlalu awal untuk menganggap Fed akan berhenti seketika (pause) dalam menaikkan kadar faedahnya.

Malah, beliau juga berkata bahawa tahap muktamad kadar faedah mungkin akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini, dengan pelabur kini melihatnya meningkat kepada 5% atau lebih tinggi.

Rentetan daripada itu, emas terperosok lebih jauh manakala US dolar yang pada mulanya menjunam kembali melambung tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat