Susulan Komen Farage, GBP/USD Melonjak 110 Pips!

297

Pound Sterling pada dagangan Isnin telah mencatatkan lonjakan berbanding matawang utama yang lain susulan perkembangan terbaru pilihan raya di Britain.

Pengukuhan Sterling dicetuskan oleh komen daripada Nigel Farage, pemimpin Parti Brexit yang membuat keputusan untuk tidak bertanding merebut kerusi di pilihan raya umum pada Disember nanti. Ini telah memberi laluan untuk Parti Konservatif mengekalkan kemenangan.

Komen tersebut telah menafikan tekanan oleh data-data ekonomi UK yang dilihat tidak begitu memberangsangkan.

Bacaan awal bagi pertumbuhan GDP untuk suku ketiga di UK mencatatkan peningkatan kepada 0.3%, sedikit tersasar berbanding jangkaan 0.4% oleh pasaran.

Sementara data pengeluaran perindustrian serta perkilangan UK turut mencatatkan bacaan yang lemah untuk bulan September.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga yang bergerak perlahan sejak sesi Asia bermula di paras sekitar 1.27900 telah mencatatkan lonjakan hampir mencecah paras 1.29000 pada ketinggian yang dicapai semalam.

Lonjakan melebih 110 pips tersebut menguji zon SBR (support become resistance) pada ketinggian semalam sebelum kembali membuat penurunan sekitar 50 pips semula.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia bermula.

Jika momentum pengukuhan Pound dikekalkan, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dengan kenaikan tertinggi dijangka mencecah paras resistance 1.29700.

Namun jika perkembangan Brexit dilaporkan kembali goyah, harga berkemungkinan membuat penurunan semula menuju paras tumpuan pada 1.28100 dan seterusnya pada zon support 1.27800-1.27700.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat