Tak Sabar Tunggu Kenyataan Biden, EUR/USD Dah Pacak Balik!

794

Sebelum ini hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melonjak pada laporan di awal minggu telah menyokong pengukuhan US dolar, namun dilihat kembali mengalami kejatuhan semula hampir 7 mata asas dari paras tertinggi 10 bulan yang dicapai.

Faktor tersebut membuatkan US dolar kembali susut semula di samping pengusutan ketara US dolar yang dipamerkan sejak semalam adalah didorong oleh jangkaan pakej rangsangan ekonomi berskala besar yang akan dikemukakan oleh bakal Presiden AS Joe Biden pada Khamis.

Berbanding Euro, US dolar telah merekodkan kejatuhan harian terbesar untuk tempoh 3 bulan setelah bergerak kukuh 3 hari berturut-turut.

Euro juga turut berisiko selepas ucapan Canselor Jerman Angela Merkel yang mencadangkan ‘lockdown’ dilaksanakan sehingga April berikutan berdepan peningkatan kes jangkitan virus yang kritikal di Jerman.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga bergerak mendatar pada sesi Asia dan Eropah di mana paras support 1.21350 yang dicecah pada hari sebelumnya gagal ditembusi.

Menuju ke penghujung sesi New York dapat dilihat harga melonjak semula melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang telah kembali memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Selepas harga melonjak 70 pips di atas paras 1.22000 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar paras tersebut, harga dilihat menyambung kenaikan pada sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga dijangkakan menuju paras 1.22500 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum ke zon rintangan 1.23000.

Namun jika harga membuat penurunan semula, zon RBS di bawah paras 1.21800 akan kembali diuji semula dan harga perlu menembusi sokongan MA50 untuk memberi isyarat penurunan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat