Terkini: Trump Umum ‘Cukai Fenomena’ 2-3 Minggu Lagi, Usd/Jpy Terbang

45

US dolar menguat berbanding enam matawang utama dunia dalam sesi dagangan Khamis selepas Presiden Trump menyatakan akan mengumumkan perubahan cukai di US dua atau tiga minggu lagi. Beliau sendiri menyifatkan perkara ini sebagai perancangan cukai yang ‘phenomenal‘.

Matawang yang paling mendapat kesan dari kenyataan Trump ini ialah Yen yang terus susut sehingga lebih satu peratus berbanding US dolar. Usd/Jpy menguat 100 pip selepas dua jam kenyataan tersebut dibuat.

Sememangnya pemain pasaran dunia ternanti-nanti tentang perubahan fiskal di US yang telah dijanjikan oleh Trump semasa pilihanraya lepas. Perubahan fiskal yang dijanjikan beliau adalah pengurangan cukai korporat dan perbelanjaan kerajaan sehingga 1 Trillion USD dalam pembangunan infrastruktur.

Nampaknya sentimen secara keseluruhan ketika ini berpihak kepada US dolar dengan komen terbaru dari Presiden Trump.

Kathy Lien Pengarah Urusan di BK Asset Management berkata, “Kenyataan Trump ini telah menjadi tajuk-tajuk utama berita dengan sesuatu yang beliau sebut sebagai cukai yang fenomena”. “Saya rasa para pelabur begitu teruja seperti yang berlaku selepas Trump memenangi pilihanraya tahun lalu”.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan US dolar berbanding enam matawang utama yang lain menguat sehingga lima peratus selepas pilihanraya presiden November lepas. Namun, indeks ini melemah semula sejak awal tahun 2017 dengan ketidaktentuan pentadbiran beliau yang begitu aktif mengubah polisi yang ditinggalkan oleh Obama selain polisi imigrasi yang begitu kontroversi.

Sama-sama kita tunggu perkembangan terbaru dari pentadbiran Trump terutamanya dalam polisi fiskal beliau, kerana perkara ini lah yang menjadi perhatian pasaran selama ini. Secara teorinya, jika benar ‘cukai fenomena’ itu adalah pengurangan cukai di US, ini sudah tentu membawa pelaburan yang lebih besar ke dalam ekonomi US dan menguatkan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat