Terkulai Semula, EUR/USD Kembali Susut Lebih 100 Pips!

244

Seperti yang telah dijangkakan selepas penyusutan US dolar pada mesyuarat FOMC, penganalisis kekal melihat bahawa US dolar masih berada dalam landasan untuk pengukuhannya.

Namun tanpa menunggu lama, penyusutan US dolar berakhir dengan menyaksikan raja mata wang itu kembali memaparkan prestasi cemerlang sehingga ke sesi New York semalam.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, jangkaan untuk lonjakan lebih tinggi harga meleset apabila corak penurunan harga kembali ditampilkan.

Kenaikan harga tidak bertahan lama di atas paras rintangan 1.0600 sebelum penurunan harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat menyambung trend bearish.

Harga yang membuat kenaikan mencapai paras 1.0640 kemudiannya dilihat telah menjunam semula ke zon support 1.0500.

Zon penting yang telah menyokong pergerakan harga sejak minggu lalu bersambung pada dagangan awal minggu ini, kembali menjadi tumpuan untuk diuji semula di penghujung minggu ini.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) bakal memacu arah pergerakan harga selanjutnya pada penutupan dagangan minggu ini.

Sekiranya penurunan harga berterusan, harga yang susut lebih rendah menembusi support 1.0500 bakal mencatatkan paras terendah terbaru 6 tahun seterusnya dilihat akan menguji sasaran pada zon support penghujung 2016 sekitar 1.0400.

Sebaliknya jika laporan NFP mengecewakan dan mendorong penyusutan US dolar, harga boleh meningkat semula melepasi rintangan 1.0600 dan mengatasi paras ketinggian dicapai semalam.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi seterusnya adalah untuk harga menuju sehingga ke paras ketinggian 1.0800 yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat