Terraform Labs Kritik SEC, Dakwa Agensi Itu Tidak Layak Untuk Memaksa Beri Kerjasama

208

Terra (LUNA) mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $82.56 pada awal pagi tadi sebelum susut dan didagangkan pada $80.70 ketika artikel ini ditulis.

Penyusutan sederhana ini mungkin ada kaitan dengan perkembangan terbaru yang melibatkan krisis diantara Terraform Labs dan Securities and Exchange Commission (SEC).

Apa yang berlaku?

Untuk pengetahuan, sama seperti yang dihadapi Ripple, Terraform Labs juga berhadapan dengan cengkaman SEC yang menuduh mereka telah melanggar undang-undang berkaitan perdagangan aset.

Disember 2020

  • Terraform Labs telah lancarkan platform kewangan desentralisasi (DeFi), Mirror Protocol.
  • Menerusi platform ini, pengguna boleh menghasilkan dan berjual beli token saham (mirrored assets) atau dikenali sebagai mAssets.
  • Harga bagi token saham ini bersandarkan kepada harga saham sebenar, yang turut melibatkan saham-saham utama yang didagangkan di bursa Amerika Syarikat (AS).

7 Mei 2021

  • SEC buka siasatan untuk menentukan sama ada Terraform Labs telah melanggar undang-undang dengan membenarkan penghasilan dan perdagangan saham sintetik atau tidak

15 September

  • SEC tidak menemukan sebarang bukti yang mengesahkan salahlaku entiti tersebut. Tetapi mendakwa siasatan hanya dapat diselesaikan dengan tindakan penguatkuasaan.

17 September

  • SEC telah sahkan dua sapina (subpoena) – satu untuk Kwon dan satu lagi untuk Terraform Labs.
  • Salah satunya telah diserahkan kepada Kwon pada 20 September ketika berlakunya persidangan Mainnet 2021 yang berlangsung di New York City.

22 Oktober

  • Kwon menmfailkan sama terhadap agensi penyelia itu, mendakwa pihak mereka telah menjalankan tugas sambil lewa, serta menggesa mahkamah untuk batalkan sapina dan tamatkan siasatan.
  • Jelas Kwon penyerahan sapina itu tanpa sebarang penjelasan dan pihaknya hanya menyedari itu adalah sapina setelah membaca situasi di Twitter.

12 November

  • SEC telah menyangkal dakwaan Kwon dan membuat permohonan kepada mahkamah, mendesak untuk Kwon dan Terraform Labs akur dengan perintah sapina.
  • Ini bermakna Kwon perlu hadir untuk beri keterangan di ibu pejabat SEC di Washington, bersama-sama dokumen yang diperlukan.

17 Disember

  • Kwon dan Terraform Labs menyangkal pengakuan SEC dan meminta pihak mahkamah gugurkan mereka.
  • Kini SEC diberikan tempoh sehingga 24 Disember untuk menjelaskan situasi keseluruhan. Pada masa yang sama, SEC perlu respons terhadap sama sivil Kwon dan Terraform Labs selewat-lewatnya 27 Disember.

Apa-apa pun, pergerakan LUNA yang luar biasa sejak kebelakangan ini didorong oleh permintaan TerraUSD (UST) yang sedang meningkat. Apabila berlakunya permintaan yang tinggi terhadap UST, pembakaran LUNA akan berlaku pada kadar yang lebih tinggi.

Ini menjelaskan mengapa LUNA semakin mahal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat