Terus Ke Puncak, GBP/USD Masih Belum Berhenti Mendaki

1,008

Matawang Pound kekal bergerak lebih kukuh berbanding US dolar pada minggu ini menyambung trend kenaikan harga sejak minggu lalu.

UK akan terus melanjutkan pembukaan ekonomi namun pelabur berjaga-jaga dengan amaran oleh Perdana Menteri Boris Johnson untuk gelombang virus yang baru di Eropah.

Sementara rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK masih lagi tidak memberi sebarang perkembangan terbaru.

US dolar dilihat bakal kembali bergerak lemah dalam pasaran berikutan beberapa faktor yang memberi tekanan selain pelabur berwaspada menjelang keputusan mesyuarat FOMC.

Berkenaan rangsangan fiskal di Amerika Syarikat (AS), Republik Senat masih gagal untuk mencapai persetujuan terhadap pelan yang dibentangkan awal minggu dalam parti dalaman dan juga percanggahan pendapat dengan pihak Demokrat.

Tanpa rangsangan tambahan, ekonomi AS bakal lumpuh dengan perbelanjaan pengguna yang akan merudum. Data Keyakinan pengguna AS turut mencatatkan bacaan yang menurun untuk bulan Julai.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD terus membuat kenaikan mencatatkan paras ketinggian terbaru setiap hari pada minggu ini.

Kenaikan tertinggi pada sesi New York semalam mencapai paras 1.29500, iaitu paras tertinggi sejak dagangan Mac lalu.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Rabu, harga bergerak lebih rendah dan perlahan namun masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50­) yang masih menyokong trend bullish pada carta GBP/USD untuk pergerakan 1 jam harga.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras ketinggian sekitar 1.29800-1.30000 untuk harga mencatatkan paras ketinggian 4 bulan.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras tumpuan terhampir pada 1.29000 dan 1.28500 akan diuji.

Penurunan lebih rendah di bawah paras sokongan MA50 bakal menuju paras 1.27600 yang menjadi zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat