Sengaja Provokasi, Iran Tembak Kapal Perang USA?

1,903

Iran telah melancarkan peluru berpandu ke arah replika kapal induk Amerika Syarikat di perairan strategik Selat Hormuz yang dibina Iran sendiri dengan tujuan sebagai latihan.

Tindakan itu dilihat sebagai ancaman terhadap AS yang akan meningkatkan lagi ketegangan antara Tehran dan Washington.

Rakaman latihan yang juga disiarkan di rangkaian televisyen tempatan itu menunjukkan bahawa pasukan tentera udara dan laut bersiap sedia untuk menyerang AS di pesisir barat daya negara itu.

Kapal tersebut dilaporkan meluncur laju melintasi kawasan perairan dalam formasi sebelum pasukan darat melancarkan tembakan meriam dan peluru berpandu pula dilancarkan dari helikopter, meninggalkan kesan asap sebelum muncul menghentam sisi replika kapal induk AS.

Susulan daripada itu, tentera laut AS yang berpangkalan di Teluk Bahrain mengecam tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan semborono serta menyifatkannya sebagai cubaan menakut-nakutkan dan memberi tekanan terhadap Washington.

Ketika krisis pandemik coronavirus melanda Iran dan AS, terdapat tindakan provokasi yang semakin meningkat setelah Amerika menggesa supaya sekatan yang melarang negara-negara mengeksport senjata konvensional kepada Iran, dilanjutkan. Sekatan oleh PBB ini sepatutnya berakhir pada bulan Oktober.

Tindakan ini hadir hanya beberapa hari selepas Tehran menuduh jet pejuang AS telah mengganggu pesawat komersial Iran di Syria.

Sekurang-kurangnya 4 penumpang yang menaiki pesawat Mahan Air mengalami kecederaan dalam kejadian pada Khamis minggu lepas, selepas juruterbang mengambil tindakan kecemasan untuk mengelak daripada jet pejuang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat