• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
THE DOTCOM BUBBLE – Kemunculan Internet Cetus ‘Gelembung Beracun’

THE DOTCOM BUBBLE – Kemunculan Internet Cetus ‘Gelembung Beracun’

22 August 2025
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

20 November 2026
Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

20 November 2026
IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

20 November 2026
Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

20 November 2026
Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

20 November 2026
Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

20 November 2026
Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

20 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

20 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Sunday, 22 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Harga Minyak Jatuh, Pasaran Nantikan Damai AS-Iran

    Minyak Tertekan Oleh Lebihan Bekalan, Ancaman Serangan Iran Lonjak 0.8%

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Pasaran Tergamam! Pegawai Fed Buka Pintu Kenaikan 0.50%?

    Waller Gesa Kenaikan Fed 50 Mata Asas : Adakah Pasaran Bersedia?

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Ekonomi Australia Makin Perlahan, RBA Beri Isyarat Mengejut 

    Pekerjaan Australia Susut 43,500, Dolar Aussie ditekan Pengangguran Tertinggi Lima Tahun

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Matawang Rupiah Jatuh ke Paras Terendah Krisis Kewangan Asia 1998

    Indonesia Naikkan Kadar Faedah Kepada 6%, Mahu Stabilkan Rupiah

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

    Pasaran Kripto Kembali Berdarah ‘Parah’! Pasaran Harapkan Fed Segera Ambil Tindakan

    Pelabur Alih Dana ke IPO AI, Adakah Bitcoin Bakal Ulang Corak Lama?

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bon Lebih Menarik, Bitcoin Merosot: Apa Yang Mengubah Sentimen Pasaran?

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

    Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

    Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

    Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Sunway Healthcare, Petronas Gas dan CelcomDigi Catat Untung Lebih Tinggi

    Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

    India Rancang Rangkaian 1,600 Satelit Untuk Saingi Starlink

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Anthropic Raih AS$81.3 Bilion Dalam IPO, Harga Saham AS$83

    Jualan 99 Speedmart Dijangka Melonjak Selepas Lanjut Waktu Operasi – CIMB Securities

    3,217 Cawangan 99 Speed Mart Bawa Untung Bersih RM189.78 Juta

    Gamuda Menang Kontrak RM4.3 Bilion Projek MRT Taiwan!

    Gamuda Raih Kontrak MRT RM2.61 Bilion di Taiwan

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

THE DOTCOM BUBBLE – Kemunculan Internet Cetus ‘Gelembung Beracun’

Team INTRADAY by Team INTRADAY
22 August 2025
in Artikel Umum
0
THE DOTCOM BUBBLE – Kemunculan Internet Cetus ‘Gelembung Beracun’
531
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Kemunculan internet pada era 90an telah mengundang satu krisis yang melakar sejarah hitam dunia dikenali sebagai “The Dotcom Bubble”.

Peristiwa krisis Dotcom Bubble atau juga disebut sebagai ‘Internet Bubble’ berlaku pada akhir penggal tahun 1990an iaitu antara tahun 1998 hingga tahun 2000.

Ia berlaku berpunca daripada spekulasi dalam pelaburan perniagaan teknologi berasaskan internet.

Pada permulaannya, nilai ekuiti berkembang pesat sehingga indeks Nasdaq yang kebanyakannya terdiri oleh syarikat teknologi telah meningkat dari kurang 1,000 mata pada tahun 1995 kepada lebih 5,000 mata pada tahun 2000.

Namun pada tahun 2000, prestasi kebanyakan syarikat teknologi mengalami kemerosotan apabila pelabur-pelabur mula sedar bahawa syarikat-syarikat yang berasaskan internet yang mereka laburkan tersebut tidak dapat mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Buih yang semakin berkembang besar akhirnya meletup!

Bubble burst telah berlaku pada tahun 2001 dan 2002 apabila pasaran ekuti memasuki fasa ‘bear market’.

Pada penghujung tahun 2001, kebanyakan saham teknologi mengalami kejatuhan dan hanya sebahagian sahaja yang bertahan.

Syarikat-syarikat teknologi seperti Cisco, Intel dan Oracle yang merupakan syarikat ‘blue-chip’ juga tidak terkecuali daripada mengalami kemelesetan dengan kejatuhan 80% nilainya.

Permulaan The Dotcom Bubble

Kemunculan internet telah mendorong banyak syarikat-syarikat pemula (startup) yang berasaskan teknologi ditubuhkan dengan jangkaan akan berkembang maju pada masa hadapan.

Awal 90an, Mosaic Web Browser terlebih dahulu muncul untuk kemudahan akses internet kepada pengguna, namun internet pada ketika itu adalah sesuatu yang mewah.

Namun, syarikat Netscape kemudiannya telah muncul dengan menyediakan browser percuma untuk pengguna meneroka tentang kemudahan internet yang masih mentah yang menukar kemewahan internet menjadi suatu keperluan bagi pengguna.

Dalam tempoh setahun, populariti Netscape melonjak dan kemudiannya telah disenaraikan di bursa setelah mengeluarkan tawaran permulaan awam (IPO) syarikatnya.

5 Ogos 1995 telah menyaksikan prestasi saham Netscape melonjak tinggi dari $28 ke paras $75 pada hari pertama pembukaan sahamnya itu.

Ini telah membuka mata ramai pelabur yang mula melihat peluang baru dan menguntungkan terhadap syarikat teknologi internet.

Kemuncak Dotcom Bubble Sebelum Krisis

Pelabur telah berlumba-lumba untuk meletakkan pelaburan mereka kepada syarikat startup yang muncul walaupun tidak memahami tentang apa itu internet.

Bukan sahaja dapat balik modal, malah syarikat pelaburan menjangkakan keuntungan yang bakal diperoleh adalah berlipat-lipat kali ganda dalam tempoh yang singkat.

Ketika ini, pelabur akan tertarik kepada mana-mana syarikat yang menggunakan nama ‘dotcom’ walaupun belum lagi mengetahui potensi syarikat tersebut dalam pasaran.

Disebabkan menerima pelaburan yang besar, syarikat-syarikat startup ini pula bertindak menggunakan modal yang besar untuk pengiklanan dan pemasaran bagi menaikkan jenama syarikat mereka kerana persaingan terlalu tinggi waktu itu malah ada sehingga 90% modal dibelanjakan.

Pada 1999, senarai IPO di Nasdaq dilaporkan adalah separuh daripadanya terdiri daripada syarikat teknologi berasaskan internet.

Buih Akhirnya Pecah!

Spekulasi tinggi terhadap teknologi internet ketika itu telah mengetepikan faktor fundamental dalam menilai keupayaan prestasi sesebuah syarikat.

Disebabkan terlalu banyak yang digunakan untuk marketing, modal pelaburan mula berkurang menyebabkan kekurangan wang tunai kepada syarikat dotcom untuk meneruskan operasi.

Lambakan IPO syarikat teknologi di bursa yang dilihat over value tanpa potensi yang jelas semakin lama memudarkan keyakinan para pelabur.

Akhirnya gelembung buih mulai pecah, situasi panik melanda pasaran dan membuatkan harga-harga syarikat teknologi menjunam ekoran para pelabur mula mengeluarkan modal pelaburan mereka dari pasaran.

Pada akhir tahun 2001, majoriti syarikat-syarikat pelaburan awam dotcom lingkup, dan pelaburan trillion dolar mereka menemui titik kegagalan.

Indeks Nasdaq yang mencapai puncak 5,000 mata pada Mac 2000 akhirnya menjunam sehingga 1,140 mata pada Oktober tahun tersebut.

Nasdaq memerlukan masa sekitar 15 tahun untuk kembali pulih semula ke paras puncaknya itu.

Sebab berlakunya Dotcom Burst

  1. Spekulasi Tinggi
    • Tanpa menilai faktor-faktor yang lain, jangkaan yang diletakkan terhadap kemajuan teknologi masa hadapan telah mengganggu pergerakan normal pasaran
    • Kiraan yang dibuat terhadap syarikat-syarikat menggunakan pengganda yang tinggi menyebabkan keputusan yang diperoleh tidak realistik dan terlalu optimis
    • Penganalisis tidak menggunakan kaedah pengiraan asas dan hanya berpandu kepada website traffic metrics tanpa ada nilai tambah lain
  2. Venture Capital
    • Modal dan kadar faedah yang rendah menjadi tarikan pelabur untuk melabur pada syarikat startup terutamanya yang berasaskan teknologi dan internet
    • Sekatan yang longgar terhadap syarikat internet untuk menerima dana atau modal menyebabkan jumlah pelaburan terlampau tinggi
  3. Media
    • Media menjadi peranan menggalakkan masyarakat untuk melabur pada saham teknologi yang berisiko dengan menjanjikan pulangan besar kepada para pelabur

Antara syarikat yang berjaya harungi krisis the Dotcom Bubble

  1. Amazon.com
    ⦁ Sebuah gedung atas talian terbesar di dunia diasaskan oleh Jeff Bezos pada tahun 1994
    ⦁ Pada era dotcom, IPO Amazon telah ditawarkan dengan harga $18 per saham pada 15 Mei 1997.
    ⦁ Harga saham mereka pernah meningkat kepada lebih dari $100 pada suatu masa dan jatuh sehingga kurang $10 selepas berlakunya bubble burst.
    ⦁ Pada November 2021, harga saham Amazon berada di paras $3,545.
  2. eBay
    ⦁ Sebuah gedung jualan lelong atas talian yang terkenal ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Pierre Omidyar
    ⦁ IPO eBay telah ditawarkan pada 21 September 1998 dengan harga saham $18 dan harga tersebut terus naik kepada $53 pada hari pertama perdagangan dibuka.
    ⦁ Pada tahun 2020, eBay merekodkan pendapatan syarikat sebanyak $10.3 billion.
  3. Booking Holdings (Priceline.com)
    ⦁ Priceline.com telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan merupakan sebuah laman web pelancongan yang membantu penggunanya untuk mencari harga diskaun untuk kemudahan hotel dan sebagainya
    ⦁ Pada Mac 1999, IPO Priceline telah ditawarkan pada harga $16 sesaham dan meningkat kepada $86.25 pada hari pertama perdagangan dibuka.
    ⦁ Namun, harga saham mereka menjunam kepada kurang daripada $10 pada tahun-tahun berikutnya.
    ⦁ Pada November 2021, harga saham Booking Holdings mencecah $2,400 per saham.

Kesan the Dotcom Bubble

Pada tahun 2001, pasaran ekuiti telah memasuki ‘bear market’ selepas bubble burst yang berlaku.

Nasdaq mengalami kejatuhan hampir 80% menyebabkan kerugian berbillion dollar dalam pasaran.

Kebanyakan syarikat-syarikat berasaskan internet menemui kegagalan dan hanya sebahagian sahaja yang mampu bertahan.

Menurut the New York Times, lebih kurang 48% syarikat dotcom berjaya bertahan daripada fenomena bubble crash tersebut dan peristiwa ini telah menjadi salah satu sejarah hitam atau fenomena ‘black swan’ dalam dunia kewangan untuk pengajaran kepada generasi baru.

ShareTweetSend

Related Posts

Tune Talk Dapat Kelulusan Lesen Infrastruktur Rangkaian Daripada SKMM

Tune Talk Dapat Kelulusan Lesen Infrastruktur Rangkaian Daripada SKMM

by Team INTRADAY
19 November 2026
0

Tune Talk menerima kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian Individu atau NFP(I) di bawah...

Impak Krisis Bekalan Dijangka Lebih Ketara Dirasai Pada Q3 – Menteri Ekonomi

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh 5.3%, Kenaikan Gaji Turut Jadi Tumpuan

by Team INTRADAY
18 November 2026
0

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3% pada suku ketiga 2026, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menteri Ekonomi, Akmal...

Gamuda Menang Kontrak RM4.3 Bilion Projek MRT Taiwan!

Gamuda Raih Kontrak MRT RM2.61 Bilion di Taiwan

by Team INTRADAY
18 November 2026
0

Gamuda Bhd menerusi usaha sama dengan Feng Shun Construction Co Ltd memperoleh kontrak bernilai NT$21.02 bilion, atau kira-kira RM2.61 bilion,...

Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

by Team INTRADAY
12 November 2026
0

Bon kerajaan Malaysia menawarkan peluang kepada pelabur untuk memperoleh pulangan melalui pembayaran kupon serta potensi kenaikan harga bon di pasaran....

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

20 November 2026
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

0
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

0
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

0
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.