Timbalan Gabenor BNM: Bitcoin Adalah Bubble Ia Sama Seperti Penipuan Kewangan

229

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour melihat lonjakan harga bitcoin sebagai satu ‘bubble‘ di mana ia bermasud kenaikan harga sesuatu aset itu melebihi nilai dalamannya (intrinsic value) sendiri.

Nilai dalaman (Intrinsic value) di sini bermaksud nilai sebenar sesuatu aset atau perniagaan berdasarkan persepsi terhadap nilai sebenar yang merangkumi aspek perniagaan, dan faktor-faktor lain.

“Jika anda melihat harganya, ia jelas adalah bubble. Jika anda melihat kepada pelaburan lain, saya tidak fikir anda akan dapat pulangan yang tinggi seperti itu.”

“Ia sama seperti penipuan kewangan. Sebarang pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi,” tambah beliau.

Harga Bitcoin hanya bermula dengan harga lebih kurang US$1,000 awal tahun ini dan setakat pukul 5.48 petang pada Jumaat harga telah mencecah US$17,450.

Beliau sekali lagi menegaskan matawang digital bukanlah ‘legal tender’ dan terlalu awal untuk mengulas sama ada matawang digital akan diregulasikan di masa hadapan. Legal tender disini bermaksud medium pembayaran yang diakui oleh undang-undang sebuah negara.

“Kita memerlukan lebih banyak maklumat untuk menentukan sama ada regulasi diperlukan.”

Menurut Abdul Rasheed, jumlah transaksi matawang-Crypto di Malaysia berjumlah RM75 juta sebulan berbanding modal pasaran global matawang ini yang mencecah US$420 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat