Token Kripto Emas Kedua Terbesar Pacak Di Tengah-Tengah Ketegangan Geopolitik!

1,230

“Lain macam kripto bersandarkan emas ini, harga naik biarpun ada konflik Iran-Israel.”

Mata wang kripto bersandarkan emas dicipta oleh Paxos dipanggil PAX Gold (PAXG) telah mengukuh pada hujung minggu apabila ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah berjaya memangkin permintaan aset safe-haven.

Sejurus selepas Bitcoin (BTC) terkesan disebabkan Iran melepaskan bahan letupan ke arah Israel, Iran turut memberi amaran kepada negara itu dan Amerika Syarikat (AS) bahawa tindak balas lebih besar boleh berlaku jika mereka bertindak balas.

Suka dimaklumkan PAXG ialah coin emas tokenized kedua terbesar di dunia selepas tether gold (XAUT) yang memiliki modal pasaran $581.9 juta, oleh itu Goldman Sachs ramal harga emas akan naik sehingga $2,700 susulan momentum dan pelabur runcit masih belum terkumpul ke dalam logam kuning.

Perlu diketahui juga beberapa peserta pasaran kripto yang meneliti kenaikan PAG dan kejatuhan BTC pada hujung minggu telah tertanya-tanya sama ada tindakan risk-off dalam pasaran kripto adalah petanda ramai akan menyertai saham pula.

Rentetan itu, ramai pelabur yang tidak terlibat dalam kripto sekarang mungkin sedang menonton BTC untuk mengukur kesan perang, ulas Andy Constan yang merupakan pengasas firma penyelidikan makroekonomi Damped Spring.

Bekas Eksekutif Bridgewater dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Unlimited Funds Bob Elliot pula berkata correlation negatif BTC dengan PAXG pada hujung minggu telah menjejaskan daya tarikan aset digital terkemuka itu sebagai lindung nilai geopolitik.

Setakat penulisan ini, harga PAXG yang didagangkan pada paras $2,389 telah menjunam sedikit 3.47% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $436 juta tetapi masih raih 3.82% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat