Token LIDO Tiba-Tiba Jadi Pilihan Kelompok Whales! Apa Yang Berlaku?

383

Data daripada WhaleStats mendedahkan bahawa token Lido Finance $LDO ialah token ketiga paling banyak dibeli oleh 100 kelompok ‘Whales’ teratas dalam tempoh 24 jam yang lalu. Peningkatan jumlah pembelian datang apabila harga LDO turun lebih daripada 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Walau bagaimanapun, harganya telah meningkat lebih daripada 150% dalam tempoh 7 hari yang lalu.

Pergerakan harga menurun dispekulasi adalah disebabkan oleh cadangan kepelbagaian perbendaharaan Lido untuk menjual 2% daripada LDO pada $1.45.

Cadangan kepelbagaian perbendaharaan Lido bertujuan untuk mencapai kestabilan jangka panjang untuk Lido DAO. Cadangan itu meminta untuk menjual 2% daripada LDO, iaitu kira-kira 20 juta LDO, daripada perbendaharaan DAO. Cadangan itu dikemukakan kerana percaya bahawa langkah ini mampu membiayai syarikat itu beroperasi selama dua tahun.

Semasa penulisan, harga Lido didagangkan pada paras harga $1.59 dengan kenaikan sebanyak 0.25%. Cadangan itu juga mendedahkan bahawa Dragonfly Capital, sebuah firma pelaburan kripto telah menyatakan hasrat untuk melabur. adangan itu percaya bahawa Dragonfly boleh membantu dengan pembangunan Lido sebagai penyelesaian peneraju pasaran untuk ‘liquid staking’.

Lido juga melancarkan stETH pada penyelesaian Layer-2 seperti Arbitrum. Arbitrum menggunakan Twitter untuk menyokong peralihan tersebut. Bagi fasa awal, Lido hanya akan menyokong wstETH.

LDO bukan sahaja token ketiga paling banyak dibeli oleh kelompok ‘Whale’ namun juga mengetuai dagangan dari sudut jumlah dagangan pada tangga keempat. Data WhaleStats juga mendedahkan bahawa paus ETH Saitama membawa 11,999,995 $LDO bernilai $17,519,994.

Whales 100 teratas pada masa ini memegang lebih daripada $20 juta nilai $LDO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat