Trend Penurunan Harga EUR/USD Bermula?

695

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan kenaikan pada sesi Asia hari ini susulan US dolar menyambung penyusutan nilai pada permulaan dagangan 2021.

Pada minggu lalu yang menjadi penutup dagangan 2020, harga menunjukkan penurunan sedikit pada hari terakhir dagangan berkemungkinan faktor pengambilan keuntungan (profit-taking) selepas penjualan berterusan US dolar sepanjang minggu.

Zon harga 1.2300 dilihat menjadi rintangan buat harga sebelum harga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang berkemungkinan memberikan isyarat permulaan trend penurunan harga.

Kenaikan harga pada awal sesi hari ini menguji zon SBR (support become resistance) 1.22500 meningkat 30 pips dari paras pembukaan harga.

Zon tersebut akan diuji begitu juga halangan dinamik MA50 yang akan menjadi rintangan harga untuk memberi petunjuk trend bearish.

Sekiranya harga membuat kenaikan melepasi zon SBR 1.22500 dan juga halangan MA50, zon resistance pada 1.23000 sekali lagi akan diuji sebelum harga pamerkan kenaikan lebih tinggi.

Namun jika harga susut lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.20900 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon RBS 1.20900.

Bagi mata wang Euro, pelabur akan memberi tumpuan pada data-data ekonomi untuk menilai sektor pembuatan di Eropah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat