Trump Nyatakan Ketidakpastian Untuk Terima Tawaran Rundingan Bersama China

385

Reuters dalam laporan terbaru berhubung perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China menyatakan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin berjabat tangan bersama Timbalan Perdana Menteri China, Liu He sebelum memulakan rundingan di Shanghai pada hari ini (Rabu).

Kedua-dua pihak kembali bertemu dalam suasana yang sedikit diberi tekanan oleh Presiden Donald Trump apabila meluahkan kekecewaan dalam perkembangan rundingan.

Trump menerusi akaun media sosial Twitter beliau semalam telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan China tidak memberikan kerjasama yang baik, dan terburuk sejak 27 tahun.

China sepatutnya sudah mula membeli produk pertanian daripada Amerika Syarikat seperti yang telah dijanjikan namun, tiada tanda-tanda untuk China berbuat demikian.

Trump menambah lagi, wakil pasukannya sedang berunding dengan China namun China sering mengubah perjanjian di saat-saat akhir untuk kepentingan mereka. China mungkin menunggu sehingga pilihanraya selesai untuk mendapatkan perjanjian yang memberikan kepentingan buat mereka.

Namun, masalah yang bakal dihadapi oleh China adalah, jika atau apabila Trump berjaya memenangi pilihanraya, rundingan akan menjadi lebih sukar buat China berbanding rundingan pada waktu sekarang, atau berkemungkinan tiada perjanjian akan dicapai. Trump jelaskan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kelebihan yang tiada pada pemimpin-pemimpin terdahulu.

Dengan sedikit rasa tawar hati, Trump yang menjelaskan sebelum ini bahawa perkembangan rundingan bersama China adalah baik, mula menyatakan ketidakpastian beliau untuk menerima tawaran China dalam rundingan.

Pasaran masih mengharapkan keputusan yang baik dapat diterbitkan dalam pertemuan yang diadakan pada kali ini. Walaupun kesepakatan bersifat minoriti, sedikit sebanyak dapat menjernihkan kemerosotan pada perdagangan global di samping kembali meningkatkan keyakinan pelabur dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat