Tumpuan Pasaran Hari Ini: Keputusan Trump Tentang Perjanjian Nuklear Iran

850

Presiden Trump pada Selasa akan mengumumkan sama ada beliau akan keluar daripada perjanjian nuklear Iran atau kekal dalam perjanjian tersebut.

Presiden Trump telah beberapa kali mengancam untuk keluar daripada perjanjian yang dimeterai pada 2015 kerana ia tidak menghentikan sepenuhnya Iran daripada membangunkan senjata nuklear.

“Saya akan mengumumkan keputusan tentang perjanjian dengan Iran itu esok”, katanya melalui Twitter pada Isnin.

Trump ketika ini sedang mempertimbangkan sama ada mahu melanjutkan penangguhan sekatan terhadap industri minyak dan sektor perbankan Iran, iaitu sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai pada tahun 2015.

Beberapa sumber mengatakan Trump akan menghentikan penangguhan sekatan terhadap Iran. Jika hal ini berlaku, ia menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah menarik diri daripada perjanjian mereka bersama Iran.

Penyokong Trump menyebut bahawa meninggalkan perjanjian nuklear Iran adalah perlu sebagai respon Amerika terhadap ketegangan yang berlaku di Timur Tengah. Tehran selama ini dianggap telah menyokong pemberontakan puak Houthi di Yaman dan juga rejim Syria.

Kesan Kepada Pasaran?

Presiden Trump berhadapan dengan tarikh akhir 12 Mei sama ada untuk terus menangguhkan sekatan kepada eksport minyak Iran atau mengenakan semula sekatan. Keputusan untuk menyekat eksport minyak Iran akan memberi kesan kepada pasaran minyak mentah, kerana Iran adalah pengeluar minyak ketiga terbesar OPEC.

Ketakpastian dalam perjanjian ini telah melonjakkan harga minyak mentah sejak beberapa minggu lalu dengan minyak WTI melepasi paras $70 setong. Apabila Iran sekali lagi disekat daripada mengeksport minyak ia akan menyebabkan bekalan yang semakin berkurangan sekaligus menjadikan harga minyak terus meningkat. Apabila harga minyak meningkat, sudah tentu dollar Kanada (CAD) juga akan mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat