Tuntutan EU Terhadap Akses Perairan UK Akan Menyukarkan Rundingan Kedua-dua Pihak?

316

Matawang pound terus diniagakan di bawah tekanan berbanding US dolar ekoran kebimbangan mengenai masa depan UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang dilihat semakin sukar untuk dicapai.

Dalam perkembangan terbaru, Telegraph UK melaporkan negara anggota EU tegas dengan permintaan mereka untuk akses tanpa had ke perairan nelayan UK selepas Brexit.

Satu draf baru mengenai matlamat rundingan EU yang dibentangkan melihatkan negara-negara utama yang bergantung kepada penangkapan ikan di perairan UK, sedang mencari cara untuk membolehkan ketua perunding EU Michel Barnier bagi mengekalkan kuota penangkapan sedia ada.

UK sebelum ini mengumumkan akan mengehadkan dan mengawal akses kemasukan EU ke perairan negara tersebut selepas berlakunya Brexit, dengan menentukan jumlah tangkapan yang boleh ditangkap oleh negara anggota blok itu.

Menurut Telegraph, perbezaan matlamat mengenai hubungan masa depan UK dan EU mungkin boleh memusnahkan rundingan perdagangan mereka dalam beberapa bulan sahaja selepas ia dimulakan.

Sesi Eropah pada hari esok akan tertumpu kepada penerbitan data pertumbuhan GDP UK pada suku keempat 2019 yang dijangka tidak berubah pada paras 0.0%, selepas mencatat kenaikan 0.4% sebelumnya.

Pengukuhan US dolar terus mengheret jatuh matawang pound dan dolar euro ke paras terendah, disokong oleh kekuatan data-data ekonomi Amerika Syarikat sekali gus mengangkat keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara itu yang berdaya tahan.

Pemain pasaran dilihat lebih positif terhadap matawang berisiko, memandangkan beberapa kilang dan syarikat yang ditutup disebabkan ancaman coronavirus, kembali beroperasi di China pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat