Para Pelabur Semakin Khuatir Terhadap Wabak Koronavirus? – Ini Perkembangan Terkini Tentangnya!

529

Setakat ini lebih daripada 900 orang telah meninggal dunia di China akibat daripada penularan wabak koronavirus yang mula didapati di bandar utama Wuhan pada tahun lepas. Pada hari ini, jabatan kesihatan China telah melaporkan bahawa terdapat sebanyak 97 kematian baru akibat daripada wabak tersebut pada 9 Februari.

Di peringkat dunia, 25 negara telah mensahkan berlakukanya jangkitan wabak koronavirus dan beberapa negara mengambil tindakan untuk mengharamkan sebarang penerbangan ke mahupun dari China buat sementara waktu.

Disisi lain, UK mengisytiharkan koronavirus  sebagai berbahaya dan mendatangkan ancaman sehingga membuatkan yang memberi kerajaan mengambil tindakan untuk mengasingkan mereka yang disyaki dijangkiti. UK kini telah mencatat 4 kes koronavirus, dimana kes terbaharu ialah berkenaan warga UK yang baru pulang dari Singapura pada 24 dan 28 Januari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Britain berkata, langkah-langkah baharu diambil bagi melambatkan atau mencegah penyebaran koronavirus terus berlaku.

Kesatuan Eropah yang menjadi tuan rumah pertemuan menteri-menteri kesihatan bersama dengan WHO pada hari Khamis akan mengetengahkan perbincangan wabak koronavirus. Menurut Pensuruhanjaya Eropah bagi jabatan pengurusan krisis, Janez Lenarcis berpendapat bahawa sekarang adalah masa untuk semua pihak bergabung tenaga untuk menghentikan wabak ini. Setakat ini 33 kes wabak koronavirus telah di kesan di negara-negara Kesatuan Eropah.

Perdana Menteri China telah memberi komentar bahawa negara ini mesti mempunyai keyakinan bahawa kita (China) akan dapat mencegah penyakit ini. Kenyataan yang dikeluarkan di Hospital Ditan itu merupakan pertama kali Xi membuat tampilan secara terbuka selepas penularan wabak itu merebak.

Peningkatan wabak koronavirus pada hari ini telah memberi kesan kepada pasaran saham Asia dan Eropah berikutan para pelabur memilih untuk menilai kesan ekonomi akibat wabak ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat