Tuntutan Pengangguran US Meningkat Kurang Daripada Jangkaan

58

Pada hari Khamis, Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas meningkat kurang daripada jangkaan. Bacaan tersebut menghampiri bacaan terendah dalam tempoh 4 dekad.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 21 Oktober meningkat sebanyak 10,000 iaitu kepada 233,000 .

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran akan meningkat sebanyak 12 000 iaitu keapda 235,000 pada minggu lepas.

Berdasarkan kiraan purata pergerakan dalam tempoh empat minggu, jumlah tuntutan berkurangan sebanyak 9,000 berbanding sebelum ini.

Jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran bagi minggu yang berakhir 14 Oktober berkurang kepada 1.893 juta daripada 1.896 juta.

Data pekerjaan bagi negara seperti U.S adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi U.S sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di U.S.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.33% kepada 93.84 setakat jam 9.00 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat