Ucapan Gabenor Ueda Jadi Tumpuan! Adakah BoJ Bakal Naikkan Kadar?

139

Bank Jepun dilihat berkebarangkalian mengambil tindakan dasar monetari jika penyusutan yen memberi kesan yang ketara kepada harga, kata gabenor Kazuo Ueda pada hari Rabu. Ini secara tidak langsung memberikan petunjuk yang paling kukuh setakat ini bahawa penyusutan berterusan mata wang itu boleh memicu kenaikan kadar faedah yang lain.

Ueda juga mengatakan BOJ boleh menaikkan kadar faedah lebih awal daripada yang dijangkakan jika inflasi melebihi ramalanannya, atau risiko kepada prospek harga meningkat.

Menteri Kewangan Shunichi Suzuki menyuarakan “kebimbangan” pada hari Rabu mengenai impak negatif yen yang lemah, seperti peningkatan kos import, dan mengulangi kesediaan kerajaan untuk campur tangan dalam pasaran untuk menyokong mata wang yang menyusut.

Kenyataan tersebut adalah hasil pertemuan antara Ueda dan Perdana Menteri Fumio Kishida pada hari Selasa, menekankan keazaman kerajaan dan bank pusat untuk bekerjasama dalam mengekang penurunan yen yang membimbangkan.

Komen pasca-mesyuarat Ueda telah dijadikan indikasi oleh beberapa trader sebagai faktor yang mempercepatkan penyusutan yen dengan meningkatkan jangkaan pasaran bahawa BOJ akan menahan diri daripada menaikkan kadar faedah daripada tahap semasa berhampiran sifar untuk seketika.

Selepas yen mencapai paras terendah 34 tahun sebanyak 160.245 per  US dolar pada 29 April, pihak berkuasa Jepun disyaki telah menghabiskan lebih daripada 9 trilion yen ($58.4 bilion) untuk campur tangan dalam pasaran minggu lalu untuk menyokong mata wang tersebut.

Berucap di sebuah seminar pada hari Rabu, Ueda berkata bahawa penurunan tajam adalah tidak diingini kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi. Beliau juga mengatakan inflasi trend sedang bergerak  ke arah sasaran 2% BOJ kerana siklus inflasi upah yang baik menjadi lebih mantap, menonjolkan keyakinan bank pusat bahawa syarat untuk kenaikan kadar faedah tambahan sedang terbentuk.

BOJ akan “melakukan penyesuaian terhadap tahap kelonggaran kewangan” dengan menaikan kadar faedah, menurut penganalisis  jika inflasi trend bergerak cepat ke arah sasaran 2%nya seperti yang diramalkan, kata Ueda, menunjukkan peluang menaikkan kadar dalam jangka pendek dan dalam beberapa fasa bagi tahun-tahun mendatang.

BOJ menghentikan kadar faedah negatif dan program rangsangan radikalnya pada bulan Mac. Kebanyakkan pemain pasaran mengharapkan BOJ akan menaikkan kadar daripada tahap semasa berhampiran sifar pada tahun ini.

Mengenai pembelian bon BOJ, Ueda berkata bank pusat akan mengekalkan saiz pembelian untuk sementara waktu untuk mengkaji bagaimana pasaran menyerap perubahan dasar BOJ pada bulan Mac. Walau bagaimanapun, katanya, adalah wajar untuk mengurangkan saiz pembelian bon pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat