Ucapan Powell Ubah Semula Arah Pergerakan EUR/USD

664

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Khamis semalam menunjukkan penurunan ke paras terendah terbaru selepas berjaya melepasi paras dicecah di awal minggu.

Harga telah turun lebih rendah di bawah paras 1.21300, namun selepas mencecah paras 1.21100 harga mula melonjak semula hampir ke paras 1.21800.

Pada mulanya US dolar dijangka akan terus mengukuh menjelang pengumuman rangsangan ekonomi oleh Joe Biden. Faktor tersebut kemudiannya tidak memberi kesan ketara terhadap pasaran kewangan.

US dolar sebaliknya kembali bergerak susut selepas reaksi pelabur terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada dovish berkenaan polisi monetari bank pusat.

Powell memberi isyarat bahawa belum sesuai untuk melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) berdasarkan keadaan ekonomi semasa Amerika Syarikat.

Ini menunjukkan pelonggaran polisi akan diteruskan bagi menyokong pemulihan ekonomi semula. Justeru, memberi kesan penyusutan nilai buat US dolar.

Dapat dilihat harga pada carta EUR/USD kembali melonjak semula pada sesi New York semalam selepas pengukuhan dipamerkan pada sesi-sesi sebelumnya.

Dagangan yang bersambung di sesi Asia pada Jumaat perlahan pada zon 1.21500 dan masih gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Harga masih belum memberi isyarat jelas untuk trend menaik dengan jangkaan penurunan harga akan berlaku semula ke paras sokongan terbaru 1.21100 semalam.

Penurunan lebih rendah harga dijangkakan menuju zon tumpuan pada 1.20900.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi paras 1.21800, zon SBR (support become resistance) sekitar 1.22200 akan diuji semula yang menjadi rintangan dagangan minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula zon SBR 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat