UK Bakal Berhadapan Kemelesetan Kali Ke Dua? GBP OK Ke Tu?

658

Ekonomi UK terus berada dalam keadaan bahaya dimana pada bulan November GBP UK terus menguncup semasa langkah lockdown diperkenalkan. Walaupun mencatat penurunan dalam pertumbuhan ekonomi namun ia adalah lebih kecil dari jangkaan keran rakyat telah boleh menyesuaikan dengan keadaan dan sekolah masih terus dibuka. Hal ini menunjukkan bahawa kebarangkalian berlakunya kemelesetan ekonomi kedua sangat kurang.

Data rasmi pada hari Jumaat melaporkan bahawa penurunan bulanan adalah sebanyak 2.6%. Ini adalah kali pertama sejak April, penguncupan yang dicatat adalah kurang dari separuh sasaran para pakar ekonomi. Bacaan tersebut juga jauh lebih kecil dari kejatuhan pada bulan April sebanyak 18.8%.

Ekonomi keenam terbesar di dunia itu telah menguncup lebih banyak berbanding daripada negara lain pada separuh masa pertama tahun 2020 dan penguncupan sekarang 8.5% lebih kecil daripada pada penguncupan yang dicatat pada bulan Februari.

Lockdown buat kali ketiga yang dikenakan pada bulan Januari yang lebih ketat dijangka akan menyebabkan ekonomi Britain menguncup pada suku pertama 2021. Ditambah pula banyak sektor perniaga terkesan dengan perjanjian pasca Brexit.

Gabenor BoE Andrew Bailey mengatakan minggu ini bahawa terlalu awal untuk mengumumkan langkah rangsangan lebih lanjut setelah bank pusat meningkatkan program pembelian bonnya menjadi hampir $1.23 trilion pada bulan November.

Data hari Jumaat menunjukkan ekonomi Britain pada bulan November adalah 8.9% lebih kecil daripada tahun sebelumnya (kiraan tahun). Matawang GBP terus menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.57% kepada paras tukaran 1.3609.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat