US Dolar Kekal Kukuh Pada Pembukaan Sesi Eropah Petang Ini

387

US dolar mengukuh pada ketika setakat pada pukul 4.13 petang berbanding enam matawang utama kecuali Yen. US dolar mengukuh terhadap AUD, CAD dan Euro. Ini adalah minggu terpenting bagi US dolar kerana Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya. Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Pada minggu lepas, indikator pertumbuhan ekonomi termasuk data pekerjaan, keyakinan pengguna dan data pengeluaran perindustrian mendorong jangkaan untuk menaikkan kadar selari dengan apa yang telah diramalkan oleh pasaran.

Dalam berita lain pula, sentimen risiko global semakin berkurangan dengan perkembangan baru di Jepun dan peningkatan risiko perang perdagangan. Satu tinjauan yang dikeluarkan pada hujung minggu menunjukkan bahawa Perdana Menteri Jepun Abe semakin kehilangan sokongan. Jika dia berhenti sebagai PM Jepun, ada risiko kepada “Abenomics”. Matawang Yen menguat sebagai tindak balas terhadap hal ini.

Beralih ke perdagangan global, Perbendaharaan AS menyatakan bahawa liberalisasi pasaran di China adalah satu perkara yang patut dibimbangi. Dia memberi kenyataan terdahulu bahawa A.S. telah menamatkan rundingan rasmi dengan Beijing. Memandangkan hal ini bergantung kepada eksport China, pair AUD/USD terus melemah akibat ketegangan perdagangan.

Pair USD/JPY menurun pada hari ini pada 105.70 dan Pair EUR/USD juga merosot kepada 1.2260. Akan tetapi pair GBP/USD menurun sedikit ke paras harga 1.3910.

Pasaran minggu ini akan tertumpu kepada mesyuarat FOMC yang pertama kali dipengerusikan oleh Jerome Powell. Pasaran telah menjangkakan Fed untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.25% dan terdapat isyarat Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat