US Dolar Kembali Pulih, Bagaimana Pula Dengan Matawang Utama Lain?

719

Matawang dolar Amerika kembali pulih dengan mula menunjukkan peningkatan berbanding safe-haven yen pada awal dagangan sesi Eropah. Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama naik 0.04% kepada $96.53.

Pemulihan US dolar pada hari pertama dagangan tahun baru telah mengehadkan keuntungan yang diraih oleh matawang berisiko seperti dolar euro, pound sterling, dolar Aussie dan kiwi, meskipun di tengah-tengah sentimen perdagangan AS dan China yang kekal positif.

Matawang pound mula susut dari paras ketinggian yang dicapai sejak akhir Disember lalu dan diniagakan berhati-hati berbanding USD. Tumpuan pelabur kini tertumpu kepada penerbitan data PMI pembuatan UK pada petang ini yang dijangka terdapat peningkatan dalam pembacaan tersebut.

Financial Times hari ini menerbitkan satu tinjauan yang dibuat kepada penganalisis ekonomi yang menjangkakan kebimbangan terhadap Brexit akan terus menjejaskan pertumbuhan GDP di UK pada tahun 2020.

Selain itu, hasil tinjauan daripada 6,500 firma di seluruh Britain oleh British Chambers of Commerce (BCC) baru-baru ini, menunjukkan ekonomi UK pada tahun 2019 berakhir dengan kemerosotan disebabkan oleh ketidakpastian jangka panjang, peningkatan kos perniagaan dalam kelembapan ekonomi global.

BCC meramalkan ekonomi UK meningkat sebanyak 1.34% pada tahun 2019 serta mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan sehingga 1% pada tahun 2020 yang akan menjadi prestasi terburuk dalam tempoh satu dekad.

Ini menunjukkan ketidakpastian Brexit akan terus membelenggu pasaran meskipun pengunduran UK dari EU pada 31 Januari 2020 akan terjadi.

Sementara itu, pengumuman oleh Bank Pusat China (PBOC) mengenai penurunan 50 mata asas dalam Nisbah Keperluan Rizab bank (RRR), melepaskan kira-kira 800 bilion yuan untuk merangsang ekonomi, telah meningkatkan sentimen buat pasaran ekuiti di Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat