US Dolar ‘Layu’ Disebabkan Polisi Monetari Dari Bank Pusat China?

536

Matawang US dolar menyusut secara mendadak berbanding matawang utama pada hari Selasa susulan tindakan China menaikkan kadar pertukaran matawang yuan dengan margin tertinggi sejak ia tidak lagi menyandarkan pada US dolar pada tahun 2005.

Bank pusat China secara rasmi menetapkan paras pertukaran pada 6.4760 per dolar sebelum pasaran dibuka pada hari ini. Ia merupakan kenaikan sebanyak 1% dan merupakan perubahan besar sejak tahun 2005.

Maka tidak hairan, dapat dilihat pada trend hari ini dolar-yuan telah merosot sehingga 6.44 dan mungkin merosot di bawah paras tersebut. Dalam masa yang sama, Bursa Saham New York menyatakan bahawa pihak mereka tidak lagi berhasrat untuk mengugurkan tiga syarikat telekomunikasi China dari senarai. Pengumuman ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai tindakan A.S sebelum ini yang menyenarai hitamkan beberapa syarikat China.

Selain matawang US dolar, tindakan bank pusat China turut mempengaruhi matawang Australia yang mencatat pengukuhan. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.13% kepada paras tukaran 89.735.

US dolar jatuh sebanyak 0.3% berbanding matawang yen kepada 102.81 yen.US dolar telah turun serendah 102.81 pada hari Isnin untuk pertama kalinya sejak Mac.Disisi lain, matawang Euro, mengukuh sebanyak 0.19% kepada paras tukaran 1.2264 berbanding US dolar.

Dagangan Pound Sterling pada awalnya kembali berisiko setelah digemparkan dengan pengumuman langkah penutupan ekonomi atau ‘lockdown’ di UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson. Walaubagaimanapun, langkah pencegahan yang diumumkan telah mampu meningkatkan sentimen GBP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat