US Dolar Meleset Dengan Kebimbangan Terhadap Reformasi Percukaian

50

US Dolar melemah sejak daripada sesi Asia berbanding matawang utama yang lain pada Rabu. Matawang greenback ini tertekan oleh sebab potensi penangguhan perubahan cukai sehingga ke tahun hadapan.

Matawang US Dolar telah mengukuh sejak hampir 3 bulan lalu jika dilihat dalam indeks US dolar. Pengukuhan ini dibantu oleh jangkaan berjayanya perubahan cukai di Amerika Syarikat.

Namun, laporan Washington Post menunjukkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

Sebarang penangguhan atau kebarangkalian perubahan cukai akan cenderung memberi kesan kepada matawang US dolar, kata penganalisis.

“Fasa awal perbincangan di House of Representative menunjukkan banyak perbezaan pendapat dan masalah, oleh itu rang undang-undang itu mungkin akan berubah,” kata penganalisis pasaran di MUFG London, Derek Halpenny.

“Jika penangguhan itu menjadi kenyataan, keraguan akan semakin meningkat dalam proses meluluskan perubahan cukai tersebut.”

Wallstreet Journal pada Selasa mengeluarkan hasil daripada tinjauan yang menunjukkan potensi kelulusan rang undang-undang itu semakin merosot.

US Dolar susut 0.13% jika dilihat dalam indeks US dolar di mana ia juga susut 0.07% berbanding matawang euro setakat pada pukul 7.08 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat