US Dolar Mengecewakan Pada Awal 2018, Pasaran Komoditi Melonjak

139

Matawang Euro mencapai paras tertinggi empat bulan lalu berbanding US dolar pada hari pertama dagangan 2018. EUR/USD mencapai paras tertinggi hari ini di 1.2080 tidak jauh dari paras tertinggi dua tahun lalu di 1.2091.

Apa yang menambah lonjakan matawang Euro petang tadi adalah bacaan indeks sektor pembuatan Zon Eropah yang melonjak ke paras tertinggi dalam jangka masa 20 tahun. Ia disokong dengan peningkatan permintaan pada awal tahun baru 2018. Bacaan akhir indeks ini melonjak kepada 60.6 pada Disember berbanding 60.1 pada November.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.37% setakat pukul 10.47 malam. Indeks ini mengakhiri tahun 2017 dengan penyusutan 9.8%, yang terbesar sejak tahun 2003.

Matawang Euro naik 14% berbanding US dolar tahun lalu yang juga tertinggi sejak 2003.

Kelemahan US dolar tahun lalu banyak disebabkan oleh ketidaktentuan polisi Presiden Trump, ketidaktentuan reformasi cukai, risiko geopolitik dan juga risiko politik Trump.

Minggu ini pemain pasaran akan tertumpu kepada data pekerjaan NFP dari Amerika Syarikat dan juga minit mesyuarat FOMC yang masing-masing dikeluarkan pada Khamis dan Jumaat.

Pasaran Komoditi

Minyak mentah merekodkan kenaikan tertinggi awal tahun sejak 2014 pada Selasa dengan harga hampir mencapai paras tertinggi 2015 berikutan bantahan golongan anti-kerajaan di Iran dan juga proses pemotongan bekalan yang sedang berjalan oleh OPEC dan bukan-OPEC.

Minyak WTI naik ke paras tertinggi hari ini di $60.60 setong dan Brent pula naik ke paras $67.15.

Emas juga memulakan dagangan 2018 dengan kenaikan. Emas membuat kenaikan selama lapan sesi dagangan berturut-turut yang paling lama sejak pertengahan tahun 2011.

Dengan kelemahan US dolar ketika ini dan potensi kenaikan kadar faedah yang kekal rendah, emas dijangka akan terus mendapat manfaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat