US Dolar Mengukuh Berbanding Yen, Harga Minyak Mentah Melonjak Kembali Pada Paras $60

458

Pasaran Matawang

US dolar mengukuh berbanding yen pada awal sesi dagangan Asia.

USD/JPY mengukuh sebanyak 0.03% kepada 108.69, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7861. EUR/USD didagangkan stabil pada bacaan 1.2292 dan GBP/USD mengukuh sebanyak 0.03% kepada 1.3843.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain stabil pada 90.01 setakat jam 10.05 a.m.

Jepun telah mengeluarkan data harga pengeluar bulan Januari dengan mencatat peningkatan sebanyak 0.3% berbanding dengan jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan 0.2%.

Pasaran Komoditi

Harga minyak meningkat pada hari Selasa berikutan oleh lonjakan mata dalam pasaran saham global selepas jatuh menjunam pada minggu lepas.

Harga minyak WTI naik 0.49% kepada $59.58 setong dan Brent naik kepada $62.95 setong setakat jam 10.05 a.m.

Menurut penganalisis, pasaran minyak mula pulih semalaman selepas didorong oleh lonjakan saham dalam pasaran ekuiti.

Pasaran saham jatuh menjunam minggu lepas menyebabkan keyakinan pelabur semakin terjejas dan memberi kesan pada pasaran lain.

Harga emas mengalami kejatuhan 0.05% kepada 1,325.70 berikutan pelabur mula mengeluarkan sedikit pelaburan mereka dan memindahkannya ke dalam pasaran ekuiti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat