US Dolar Menyusut, Harga Emas Masih Mengukuh -Sesi Eropah

412

Pasaran Matawang

Matawang US dolar menyusut pada hari Rabu berikutan pasaran ekuiti yang mula pulih.

Pada hari ini (Selasa waktu US) indeks Dow Jones ditutup tinggi dengan mencatat peningkatan 2.33%. Indeks S&P 500 juga naik iaitu sebanyak 1.74%. Indeks Nasdaq naik sebanyak 2.13%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut kepada 89.59 setakat jam 05.35 p.m.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.46% kepada 0.8871. Matawang Euro juga mennyusut berbanding US dolar sebanyak 0.15% kepada 1.2359.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah melonjak naik dalam sesi dagangan Eropah pada hari Rabu berikutan spekulasi pelabur yang menjangkakan kejatuhan dalam pengeluaran minyak mentah.

Laporan American Petroleum Institute (API) menunjukkan pengeluaran minyak mentah US jatuh sebanyak 1.050 juta tong pada minggu lepas.

Harga minyak WTI naik kepada $63.36 setong dan Brent naik kepada $66.84 setong setakat jam 05.35 p.m. Harga ini sedikit rendah berbanding pasaran Asia.

Pelabur memberi tumpuan pada laporan Energy Information Administration yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Harga emas masih lagi mengukuh iaitu sebanyak 0.18% kepada 1,331.90 walaupun pasaran ekuiti telah membuat lonjakan kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat