Pasaran Matawang
Matawang Aussie mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia.
AUD/USD mengukuh sebanyak 0.14% kepada 0.7854. USD/JPY menyusut sebanyak 0.44% kepada 112.62 setakat jam 3.55 p.m.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.07% kepada 92.02 setakat jam 04.45 p.m.
Pengukuhan Aussie didorong oleh data pembenaraan pembinaan naik luar jangkaan sebanyak 11.7%pada bulan Disember berbanding kejatuhan pada bulan November pada 1.3%.
US dolar pula menyusut berbanding matawang yen berikutan data purata penerimaan tunai pada bulan November naik 0.9% berbanding 0.6%. Bayaran kerja lebihan masa juga meningkat sebanyak 2.60% berbanding jankaan sebannyak 0.60%.
Pasaran Komoditi
Harga minyak kembali melonjak naik pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia.
Harga minyak mentah WTI US naik sebanyak $0.79% kepada 62.22. Harga minyak Brent juga naik sebanyak $0.44% kepada 68.20.
Peningkatan harga minyak didorong oleh sentimen positif terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan tumpuan pada data ramalan oleh API.
Harga emas masih menyusut namun mengalami sedikit kenaikan dalam penyusutan berikutan kelemahan matawang US dolar.