USD Bangkit Semula? Tenang, Baca Sini Dulu!

611

US dolar kembali didagangkan positif pada sesi Eropah, sekali gus memadamkan kerugian yang dicatatkan pada permulaan dagangan hari ini.

Pun begitu, mata wang gergasi itu masih diperdagangkan sekitar paras terendah 7 bulan berbanding pesaing utamanya, melihatkan indeks dolar meningkat pada 102.40.

Secara keseluruhannya, keyakinan terhadap pembukaan semula China dan jangkaan kenaikan kadar lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed) masih mempengaruhi sentimen pasaran.

Pasaran kini menetapkan keberangkalian untuk kenaikan 25 mata asas pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada Februari susulan data inflasi yang lemah pada minggu lepas.

Pada masa yang sama, pelabur menumpukan perhatian kepada mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) dengan harapan ia akan membuat perubahan lanjut dalam dasar kawalan keluk hasilnya (YCC).

Yen mengurangkan sedikit keuntungan pada sesi Eropah dengan didagangkan pada 128.60 berbanding greenback, menyaksikannya berundur dari puncak tertinggi 8 bulan yang dicapainya pada sesi Asia.

Sementara itu, mata wang euro juga sedikit merosot tetapi masih mengekalkan pengukuhannya di sekitar paras ketinggian 8 bulan berbanding US dolar.

Pound turut berundur dari paras terkuat satu bulannya ketika pelabur menantikan keterangan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey mengenai Laporan Kestabilan Kewangan pada sesi New York.

Dolar Aussie dan New Zealand juga sedikit menyusut tetapi masing-masing didagangkan lebih tinggi berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat