USD/CAD Berlegar Pada $1.3400, Ini Petunjuk Dari Data CPI Kanada

118

Pergerakan mata wang dolar Kanada diberikan tumpuan pada sesi New York semalam ketika pelabur menilai terbitan data inflasi terbaru yang diterbitkan.

Bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) Kanada untuk Mac catatkan bacaan lebih rendah pada 4.3%, menurun daripada 5.2% bacaan sebelumnya.

Ini merupakan paras inflasi terendah yang dicatatkan sejak Ogos 2021 yang lalu menunjukkan kesan pengetatan dasar monetari yang agresif oleh bank sejak tahun lalu masih berterusan.

Bank of Canada (BOC) dilihat bakal beralih ke fasa yang lebih longgar selepas mula menghentikan pengetatan dasar di awal tahun ini.

Justeru, ini telah memberi kesan penyusutan terhadap nilai mata wang dolar Kanada pada dagangan semalam.

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD menunjukkan corak kenaikan berlaku semula di sesi New York semalam.

Peningkatan harga walau bagaimanapun agak sederhana berikutan mata wang US dolar juga turut didagangkan lemah semula dengan sentimen pasaran yang dipulihkan oleh data positif ekonomi China.

Harga yang berjaya meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu dilihat kembali berlegar semula ke paras tumpuan 1.34000.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga dilihat cuba untuk melepaskan diri ke paras lebih tinggi daripada 1.34000, namun pergerakan masih perlahan sehingga ke sesi Eropah.

Jika kenaikan berjaya diteruskan pada sesi New York, penganalisis menjangkakan kenaikan harga boleh mencapai semula zon sekitar 1.35000 untuk memaparkan reaksi yang menarik di sekitar tersebut.

Seterusnya, ketinggian yang dicapai pada awal minggu yang lalu sekitar 1.35500 akan menjadi sasaran untuk diuji.

Sebaliknya jika harga menjunam semula bawah 1.34000, paras sokongan harga pada 1.33000 yang telah dicecah pada Jumaat lepas bakal dituju semula.

Susut lebih rendah melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 7 bulan dengan sasaran seterusnya adalah untuk mencecah 1.32000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat