USD/CAD Melonjak Tinggi Walaupun Data Inflasi Kanada Meningkat? Ini Sebabnya

597

Kenapa dolar Kanada tetap lemah walaupun data inflasi Kanada yang diterbitkan pada sesi New York semalam positif?

Data inflasi bulanan Kanada yang diterbitkan untuk Julai meningkat kepada 0.6% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 0.3%.

Namun, dolar Kanada kekal bergerak susut dalam pasaran menuju dagangan penghujung minggu berikutan sentimen pasaran minyak mentah global yang semakin merosot.

Kebimbangan semakin meningkat terhadap permintaan bahan bakar yang dijangka bakal terjejas susulan pelaksanaan langkah sekatan ekonomi bagi negara-negara pengguna terbesar minyak berdepan gelombang Covid-19 terbaru.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga meneruskan lonjakan lebih tinggi pada sesi Asia pagi ini selepas melepasi paras rintangan 1.26000 pada Selasa lalu.

Kenaikan ini juga telah mencatatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 4 minggu dengan jangkaan kenaikan akan teruskan di samping didorong oleh pengukuhan US dolar.

Selepas lonjakan pada Selasa melepasi 1.26000, harga susut sedikit pada dagangan Rabu semalam untuk menguji semula paras tersebut dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Seterusnya harga menyambung kembali kenaikan bersambung pada dagangan hari ini. Jangkaan kenaikan harga bakal menuju ke zon rintangan 1.28000 selepas paras tersebut dicapai pada 19 Julai lalu.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, zon RBS (resistance become support) 1.26000 akan kembali menjadi tumpuan harga semula.

Jika zon tersebut gagal menyokong kenaikan semula harga, penurunan lebih rendah berkemungkinan akan kembali mencecah semula sekitar zon support 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat