USD/CAD Terjun Gara-Gara Kejutan BOC Naikkan Kadar Faedah!

113

Dolar Kanada kukuh pada dagangan sesi New York semalam, melonjak ke paras tertinggi 4 minggu apabila pasaran menerima kejutan yang sama oleh bank pusat Kanada seperti yang dilakukan oleh bank pusat Australia sebelum ini.

Bank of Canada (BOC) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.75% pada mesyuarat polisi semalam ketika pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan pada 4.50%.

Setelah mengekalkan kadar pada dua mesyuarat sebelum ini, BOC bertindak mengikut jejak langkah bank pusat Australia (RBA) dengan kos pinjaman kini berada di paras tertinggi 22 tahun.

Sepertinya, bank-bank pusat masih memfokuskan untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran dan situasi ini mencetus persoalan sama ada Federal Reserve (Fed) juga mungkin berbuat sedemikian pada mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Meneliti carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga yang berlegar di sekitar paras 1.34000 kemudiannya telah menjunam hingga ke paras sekitar 1.33200.

Namun, sasaran untuk mencecah 1.33000 tidak kesampaian apabila harga dilihat melantun semula menuju 1.34000 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar 1.33700.

Pergerakan harga yang kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu memberi isyarat bahawa harga akan meneruskan trend bearish.

Penurunan lanjut harga dijangka akan menguji paras 1.33000 yang merupakan zon support harga pada dagangan April dan Mei lalu.

Seterusnya, jika harga melepasi zon tersebut, sasaran lebih rendah yang bakal dituju adalah pada 1.32000 dan harga juga akan catatkan paras terendah terbaru 9 bulan.

Namun jika harga melantun naik semula, paras 1.34000 dilihat akan menjadi yang terhampir untuk diuji selain halangan MA50 juga akan cuba untuk dilepasi.

Kenaikan yang diteruskan akan mendorong harga mencapai zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.35000 setelah terjunan harga minggu lalu gagal menyelamatkan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat