USD/JPY Menjunam Susulan Berita Pengunduran Shinzo Abe

822

Pada dagangan Jumaat, di penghujung sesi Asia sehingga bersambung pada awal sesi Eropah, matawang Yen dilihat kembali mengukuh selepas bergerak lemah pada Khamis.

Perubahan drastik nilai harga Yen dalam pasaran adalah didorong oleh berita peletakan jawatan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Keputusan rasmi dinantikan pasaran selepas desas-desus tentang perkara itu sebelum ini.

Penganalisis percaya, situasi pengunduran Abe telah meningkatkan kebarangkalian untuk polisi ‘Abenomics’ yang diperkenalkan oleh beliau sebelum ini akan berakhir dan perkara ini telah mendorong pembelian Yen dalam pasaran oleh pelabur.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY yang membuat kenaikan ke paras 106.900 di zon resistance kemudiannya telah menjunam sekitar 80 pips menguji semula paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Penganalisis menasihatkan agar berwaspada terhadap pergerakan tidak menentu harga berikutan situasi ini berkemungkinan hanya bersifat sementara.

Jika harga meneruskan penurunan, paras support sekitar 105.500 akan menjadi tumpuan. Pada dagangan Khamis juga, harga dilihat telah membuat penurunan hampir ke zon tersebut sebelum kembali melonjak semula lebih 100 pips di sesi New York.

Sebaliknya jika harga kembali pantul membuat kenaikan semula, zon resistance pada ketinggian yang dicapai di sesi Asia akan diuji semula.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan akan menghampiri paras ketinggian pada 107.400.

Pelabur akan lebih berhati-hati dengan pergerakan tidak menentu harga sebelum dagangan pada minggu ini berakhir.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat