USD Lemah Selepas FOMC, Tapi Kenapa Tiba-Tiba USD Kukuh Semula?

1,041

Ketika pelabur masih menghadam keputusan mesyuarat FOMC yang telah berlangsung pada awal pagi Khamis semalam, pasaran dikejutkan dengan langkah berani oleh bank pusat Switzerland pada mesyuarat terbarunya.

Swiss National Bank (SNB) mengejutkan ramai pemain pasaran apabila menjadi bank pusat yang terawal bertindak menurunkan kadar faedah.

Dijangka untuk kekal di paras 1.75%, kadar faedah terbaru diturunkan 25 mata asas kepada 1.50%.

Mata wang Swiss franc ketara susut setelah SNB dilihat telah memulakan kempen pelonggaran dasar monetari lebih awal berbanding bank pusat lain.

Panik yang dicetuskan itu telah mendorong pembalikan arah semula buat US dolar yang dilihat ketara mengukuh untuk mengurangkan kembali kerugian sebelumnya.

Selepas mesyuarat FOMC, US dolar telah alami kejatuhan nilai susulan kenyataan bernada dovish yang disampaikan oleh pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, namun situasi berubah dipengaruhi faktor sentimen pasaran semasa.

Sementara itu, Bank of England (BOE) yang turut bermesyuarat semalam dilihat masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25% seperti yang dijangkakan pasaran.

Ahli MPC mengundi 8-1 untuk mengekalkan kadar dengan seorang ahli undi untuk pemotongan kadar 25 mata asas.

Tiada perubahan pada ucapan susulan gabenor selepas mesyuarat berkenaan dasar monetari yang disampaikan dengan nada berhati-hati.

Pound alami penyusutan yang agak ketara sehingga ke penghujung sesi New York berakhir di samping tekanan oleh pengukuhan semula US dolar yang bukan sahaja menekan Pound, malah mata wang utama yang lain juga.

Situasi sama berlaku pada dagangan emas yang kembali paparkan pengunduran harga ke sekitar $2,170 semula selepas berjaya catatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat