USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

30

Dollar Yen terus merudum untuk hari kedua Jumaat lalu, selepas Bank of Japan membuat keputusan untuk tidak menambah sebarang ransangan tambahan seperti yang diharapkan pasaran.  Kadar tukaran USD/JPY terus turun lebih 180 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥106.27 sebelum menutup sekitar paras yang sama.

Sebelum keputusan BoJ yang mengecewakan pasaran itu, data kerajaan menunjukkan indeks tahunan harga pengguna teras Jepun, yang tidak termasuk harga makanan segar, jatuh 0.3% pada bulan Mac. Reuters berkata anggaran median adalah untuk kenaikan sebanyak 0.2%. Majalah Financial Review menyatakan bahawa pada akhir Januari, Bank Pusat Jepun mengejutkan pasaran dengan mengguna pakai kadar negatif; dalam apa yang dilihat sebagai langkah terdesak untuk menghalang Jepun daripada terjerumus kembali ke dalam deflasi yang telah bertapak selama lebih daripada dua dekad yang lalu.

Tetapi Gabenor Kuroda, beberapa hari sebelum itu telah menampakkan beliau menolak idea kadar negatif, gagal untuk menyediakan pelabur terhadap langkah radikal tersebut. Walaupun lembaga dasar BoJ muncul terkejut, dan hanya diluluskan oleh undian tipis 5/4 terhadap keputusan untuk mengenakan caj ke atas rizab lebihan bank yang disimpan di bank pusat. Sementara itu, pasaran global telah terjerumus ke dalam kegawatan. Selepas pada mulanya lemah kepada ¥121, Yen meningkat kepada sekitar julat ¥112-114.

Tetapi Yen telah terus kukuh, selepas Gabenor Kuroda mengecewakan pelabur yang telah menjangkakan bahawa BoJ akan mengambil langkah-langkah ransangan tambahan untuk merangsang ekonomi Jepun pada mesyuarat BoJ minggu lepas. Malam ini AS bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka susut dari 51.8 mata kepada 51.6 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat