USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen yang melonjak lebih 30 pips pada sesi Asia Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.55, merudum lebih 125 pips sepanjang sesi Eropah, untuk ke paras terendah harian sekitar 122.30, sebelum menutup sekitar paras 122.60; setelah pasaran saham AS merudum apabila Bank Pusat Eropah mengecewakan jangkaan pasaran dengan mengekalkan jumlah ransangan.

Dow Jones Industrial Average (DJI) turun 252.01 mata, atau 1.42% kepada 17,477.67, manakala S&P 500 (SPX) kehilangan 29.89 mata, atau 1.44% kepada 2,049.62 dan Nasdaq Komposit (IXIC) turun 85.70 mata atau 1.67%, kepada 5,037.53.  “Pengaruh terbesar ialah ucapan (Presiden ECB Mario) Draghi pagi ini; ia tidak memenuhi kehendak pasaran AS,” kata Peter Tuz, presiden Penasihat Pelaburan Chase di Charlottesville, Virginia dalam satu temubual semalam.

[adrotate group=”6″]

Sebelum daripada itu, Dollar tersekat dalam julat dagangan kecil berbanding Yen, selepas mendapat beberapa sokongan belian pada lewat sesi New York, ekoran harapan baru bahawa kadar AS akan dinaikkan selepas Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian. Pada masa yang sama, data pekerjaan sektor swasta dari ADP yang memberansangkan serta tuntutan pengganguran yang stabil tambah menguatkan sentimen kenaikan kadar AS.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data pekerjaan yang ditunggu-tunggu pasaran – NFP yang dijangka mengurang dari 271 ribu kepada 201 ribu pekerjaan, kadar pengangguran yang dijangka stabil tidak berubah pada 5%, dan pendapatan purata sejam yang dijangka menurun dari 0.4% kepada 0.2%.  Tiada data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat