Walaupun Data Pekerjaan Australia ‘Hijau’, AUD/USD Gagal Melonjak

411

Tumpuan pada sesi Asia terarah pada data pekerjaan Australia untuk bulan Julai yang melihatkan bacaan yang positif.

Dagangan bagi matawang dolar Australia mencatatkan kenaikan pada awal sesi Asia bermula, namun kenaikan dilihat perlahan dan mula mendatar selepas laporan data pekerjaan diterbitkan.

Jika diteliti, kadar pertambahan pekerjaan di Australia meningkat kepada 114,700 lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan kepada 30,000 sahaja. Namun, peningkatan tersebut dilihat menurun setelah lonjakan ketara pada bulan sebelumnya sehingga 228,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran mencatatkan kadar 7.5% lebih rendah berbanding jangkaan 7.8%. Namun, peningkatan tersebut berbanding 7.4% bulan sebelumnya adalah merupakan rekod pengangguran tertinggi sejak 1998.

Oleh itu, dapat dilihat kenaikan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD terbantut di paras ketinggian 0.71800 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Pelabur menantikan isyarat lebih jelas untuk pergerakan harga di carta AUD/USD selepas harga berjaya membuat kenaikan semalam di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Kenaikan sejak sesi New York semalam lebih didorong oleh penyusutan US dolar yang gagal disokong oleh data inflasi AS yang meningkat.

Harga dijangka akan kembali membuat penurunan menguji semula paras terendah harian semalam sekitar 0.71100.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju zon support di paras 0.70800 yang dicecah harga pada dagangan awal minggu lalu.

Namun jika harga kekal berjaya membuat kenaikan, paras resistance 0.72400 akan kembali menjadi destinasi tumpuan yang gagal ditembusi minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat