Wow! Ini 10 Syarikat Gergasi Yang Sudah Sertai Kripto!

326

“Harapnya lepas ni banyak lagi syarikat besar yang masuk dunia kripto.”

Pasaran mata wang kripto semakin tertekan apabila terdapat pelbagai sentimen negatif yang mampu beri impak negatif terhadap sesuatu aset digital, namun influencer YouTube The Crypto Lark (Lark Davis) telah menyebut 10 syarikat terbesar yang menyertai dunia kripto.

Antaranya adalah syarikat BlackRock, pengurus aset digital gergasi yang mempunyai lebih $10 trilion aset di bawah pengurusan (AUM) bukan sahaja melancarkan dana Bitcoin (BTC) spot malah memeterai perjanjian bersama Coinbase untuk tawarkan perkhidmatan dagangan BTC sendiri.

Sementara syarikat Mastercard telah bekerjasama dengan Bybit dan Immersve, protokol pembayaran kripto untuk membenarkan pelanggan Australia dan New Zealand membuat pembayaran dalam Mastercard Network melalui aset digital.

Visa turut enggan ketinggalan dalam menjalin kerjasama dengan Wirex untuk membantu lancarkan kad debit bersandarkan kripto yang bakal tersedia di lebih 40 negara tidak lama lagi.

Dilaporkan tiga syarikat pasaran saham terbesar berkolaborasi dengan Polygon, blockchain layer-2 manakala Nike dan Starbucks juga masing-masing memeterai perjanjian bersama Polygon untuk lancarkan platform non-fungible token (NFT) pakaian maya dan program ganjaran NFT digelar Odyssey.

Seterusnya, Amazon Web Services (AWS) bekerjasama dengan blockchain Avalanche (Ava Labs) untuk membenarkan syarikat kripto itu memanfaatkan infrastruktur awam Amazon, di mana pelanggan AWS dapat bina aplikasi decentralized pada rangkaian Ava Labs.

Selain Microsoft yang bekerjasama dengan protokol staking liquid Ankr, syarikat teknologi gergasi ChinaTencentGlobal bergabung tenaga bersama blockchain MultiverseX (Elrond) untuk bina produk Web3 dan metaverse.

Suka dimaklumkan juga bahawa Meta (Facebook) akan berganding bahu dengan telekomunikasi SepanyolTelefonica untuk bekerjasama dengan Gemiumcorp bagi membangunkan Program Pengaktifan Metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat