Ada Powell Malam Ini, Agak-agak USD Ke Mana?

452

Pasaran mata wang terus mempamerkan kewaspadaan pada sesi Eropah ketika pelabur menantikan keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Ini diperlihatkan pada pergerakan yang terhad dalam pasaran, di mana dolar greenback didagangkan sedikit meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama.

Mata wang euro pula sedikit berundur dari paras tertinggi 2 minggu yang dicapainya sebelum ini, selain turut disokong oleh kenyataan hawkish Bank Pusat Eropah (ECB).

Walaupun begitu, dolar Aussie mempamerkan pergerakan agak berbeza berbanding mata wang utama lain, yang mencatatkan kejatuhan ketara ekoran keputusan dasar Reserve Bank of Australia (RBA).

RBA meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.60%, tetapi memberi petunjuk kurang hawkish mengenai hala tuju dasar seterusnya.

Ini menyentuh kepada kenyataan bank pusat itu bahawa inflasi dilihat telah memuncak di Australia, memberi petanda bahawa ia mungkin menghampiri penghujung kitaran penegtatannya.

Sementara itu, mata wang yen sedikit meningkat dengan tumpuan pelabur terarah kepada mesyuarat dasar terakhir untuk Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda pada Jumaat.

Keseluruhannya, fokus pelabur hari ini kekal tertumpu pada Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Kongres tentang laporan dasar monetari bank pusat itu.

Pelabur akan meneliti ucapan beliau untuk mendapatkan sebarang petunjuk mengenai hala tuju polisi bank pusat itu seterusnya.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit meningkat pada 104.40 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Berminat belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat