WRX Pencetus Fenomena Digital Di India

323

WazirX (WRX) dilancarkan pada tahun 2018 yang merupakan token kepada platform pertukaran matawang kripto dari India dengan memiliki lebih daripada 400,000 pengguna. WazirX telah dibeli oleh Binance pada 2019 dalam usaha Binance menembusi pasaran India.

Pemegang token WRX bakal menerima pelbagai faedah di platform perdagangan itu seperti diskaun yuran perdagangan, perlombongan perdagangan WRX dan sebagainya. WazirX dan Binance telah melancarkan dana ‘Blockchain For India’ bernilai $50 Juta.

Dengan mendapat sokongan daripada usahawan India yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membina dan meningkatkan produk global dari India, WazirX pasti dapat mencapai matlamat utamanya untuk menjadikan kripto lebih mudah diakses oleh semua orang di India.

Dapat diperhatikan pada carta WRX/USDT, nampaknya harga WRX telah membuat kenaikan melebihi 50% pada pembukaan pasaran Jun sehingga menembusi paras RBS (resistance become support) sekitar harga $1.60-$1.80 untuk didagangkan di atas paras harga $2.0 pada pergerakan pasaran hari ini.

Jika pergerakan harga terus mengekalkan trend bullish, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $3.0-$3.20 bakal menjadi tumpuan utama kepada para pelabur untuk diuji sebelum menuju ke paras harga yang lebih tinggi.

Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, zon resistance $4.0 bakal dituju terlebih dahulu dan seterusnya bakal menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sekitar harga $6.60.

Namun sekiranya harga WRX kembali membuat penyusutan, paras RBS $1.60-$1.80 bakal diuji semula dan bakal dinilai oleh pelabur sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga atau kembali menyusut.

Sebaliknya jika pergerakan harga terus melepasi paras RBS $1.60-$1.80, berkemungkinan harga bakal kembali menguji paras sokongan sekitar harga $0.80 semula dan mungkin boleh membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga WRX membuat lonjakan melebihi 15% untuk didagangkan di atas paras $2.0.

Lihat gambar carta matawang kripto WRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat