XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao

2,927

XRP bakal didagangkan kembali di platform perdagangan kripto, TaoTao pada minggu hadapan.

Keputusan yang diambil berlaku ketika Ripple – Securities and Exchange Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam isu berkaitan status XRP sebagai sekuriti atau tidak.

Menurut laporan rasmi, bursa TaoTao akan menyenaraikan semula XRP pada 22 September, jam 4 petang waktu Jepun selepas selesai penyelenggaran yang dijadualkan pada hari yang sama.

Setakat ini, TaoTao sudah menjalankan aktiviti perdagangan kripto bagi empat matawang kripto; Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Menariknya lagi, pada 1 September TaoTao telah bergabung dengan pertukaran kripto, SBI VC Trade sebuah subsidiari kepada firma kewangan terkemuka Jepun, SBI Group.

Firma ini merupakan rakan kongsi Ripple Labs yang pernah meluahkan sokongannya terhadap XRP sebagai sebuah aset bukan sekuriti.

SBI juga dijangka akan melancarkan dana kripto yang pertama di negara itu pada akhir November ini dengan tujuan untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelabur.

Adakah potensi untuk XRP mencatatkan lonjakan harga menjelang 22 September?

Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $1.08, meningkat 0.03% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat