XRP Sendu, Perlukan Masa Sebelum Kembali Meroket

1,793

Para pelabur tegar XRP perlu bersabar, enjin roket belum cukup panas lagi untuk melihat harga meluncur tinggi semula.

Pada perkembangan terbaru, penantian terhadap penyelesaian persidangan yang dibicarakan secara maya pada 21 Mei mungkin akan berterusan dan mengambil masa beberapa minggu lagi untuk mencapai kata putus.

Berkemungkinan perbicaraan seterusnya bakal berlanjutan sehingga bulan Ogos 2021. Melainkan Ketua SEC yang baru, Gary Gensler menyelesaikan kes ini dengan menarik semula dakwaan dan saman terhadap Ripple.

Antara rincian perbicaraan antara SEC dan XRP pada 21 Mei itu terdapat spekulasi dan perkhabaran daripada pihak perbicaraan yang menyatakan bahawa keputusan mungkin akan berakhir dan memihak kepada Ripple.

Sekiranya kemenangan itu berlaku, tidak mustahil itu XRP melonjak lebih tinggi.

“Kereta api sudah meninggalkan stesen” merupakan kenyataan kiasan yang dilontarkan oleh Rosa Gumataotao Rios selaku bendahari Amerika Syarikat yang telah menyertai Ripple sebagai Board of Director dalam satu sidang panggilan video bersama NBC Rosie.

Melihat kepada carta pergerakan harga XRP/USDT, harga terus membuat penurunan melepasi paras harga $1 dan menguji paras sokongan sekitar harga $0.60 sebelum membuat kenaikan melebihi 3% pada pembukaan pasaran minggu ini.

Zon sokongan $0.60 tersebut merupakan paras rintangan yang paling sukar untuk ditembusi selepas diuji sejak September 2018 sehingga Mac 2021 lonjakan pada April 2021 yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, trend penurunan harga XRP mungkin akan berterusan pada minggu ini untuk menguji semula paras sokongan sekitar harga $0.60 tersebut sebelum jangkaan untuk membuat trend kenaikan yang lebih agresif semula.

Sekiranya penurunan harga diteruskan, berkemungkinan paras terendah ketika pembukaan pasaran 2021 bakal diuji iaitu pada paras harga $0.20.

Namun jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $1 bakal menjadi sasaran awal untuk dicapai dan seterusnya menyambung semula trend kenaikan harga.

Paras resistance $1.97 bakal menjadi paras tumpuan utama kepada para pelabur tegar XRP yang menantikan keputusan terakhir perbicaraan antara SEC dan XRP sebelum menepati jangkaan kebanyakan penganalisis XRP untuk mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) pada $3.00.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga XRP melonjak melebihi 10% dan bergerak perlahan di sekitar paras $0.85.

Lihat gambar carta matawang kripto XRP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat