Yellen: Ekonomi Semasa Menyokong Perancangan Kenaikan Kadar Faedah Secara Beransur-Ansur

42

Ekonomi U.S dan pasaran buruh U.S yang kukuh mendukung peningkatan kadar faedah secara berterusan walaupun dalam keadaan inflasi yang lemah. Ucapan oleh Janet Yellen, Pengerusi Fed pada hari Ahad.

“Kami akan memantau dengan rapi data inflasi pada bulan-bulan akan datang” ucap Yellen dalam seminar perbankan di Washington.

Menurut Yellen, beliau menjangkakan ekonomi akan mengatasi tren jangka panjang pada suku tahun kedua dan mengulangi impak badai yang menimpa baru-baru ini terhadap ekonomi U.S hanya bersifat sementara.

Namun, berdasarkan mesyuarat polisi pada bulan September, Bank Pusat U.S mengundi agar kadar faedah kekal stabil. Janet Yellen mengulangi kenyataannya tentang ketidakpastian hala tuju inflasi yang semakin meningkat sehingga menyebabkan pergerakan semakin jauh daripada sasaran 2 peratus Fed sejak beberapa bulan yang lalu.

Laporan minit mesyuarat FOMC (19-20 September) yang dikeluarkan pada bulan lalu menunjukkan pembuat dasar Federal Reserve masih meneruskan perdebatan tentang prospek yang akan menolak inflasi dan kenaikkan kadar faedah yang perlu diperlahankan jika inflasi kekal rendah.

Walau bagaimanapun, Yellen dan sebahagian pembuat dasar utama yang lain berpendapat untuk terus meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansur seperti yang dirancang. Hal ini berikutan unjuran ekonomi secara keseluruhan yang semakin positif dan juga pasaran buruh yang semakin mengukuh.

Menurut Yellen juga, beliau menjangkakan bank pusat menaikkan kadar faedah berikutan peningkatan positif kadar upah pekerjaan pada bulan September.

Bank pusat telah meningkatkan kadar faedah sebanyak empat kali sejak akhir 2015. Fed menjangkakan satu lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan 3 kali pada tahun depan.

Pada tahun ini, Fed akan mengadakan 2 lagi mesyuarat iaitu pada bulan November dan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat